fbpx

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Oleh : Wan Syarafiz
22 Januari 2019 - 5:49 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50%
  • Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan sistem Fintech MyAzZahra

 

Kedudukan MyEG sebagai syarikat yang memonopoli industri perkhidmatan e-government kini tidak lagi selesa berikutan banyak syarikat baru yang mahu menceburi industri sama. Dikhabarkan pemain baru yang akan menceburi industri ini ialah MyPay dan Orion IXL Bhd.

 

Melihat kepada industri servis e-government di Malaysia, syarikat MyEG telah memonopoli industri ini untuk sekian lamanya dan kini lebih banyak pemain baru yang dilaporkan berminat untuk menyertai industri ini kerana bank kini mampu menyediakan servis pembayaran di pelbagai platform.

 

Sejauh manakah prestasi syarikat-syarikat baru ini masih belum dapat dikenal pasti tetapi yang pasti MyEG semestinya akan menerima cabaran yang hebat kerana sebelum ini mereka tidak langsung menerima sebarang persaingan bagi perniagaan mereka.

 

Portal MyPay dilihat sebagai pesaing ‘direct’ kepada MyEG dan dijangka sudah pasti akan ‘mencuri’ sedikit sebanyak perniagaan yang dikuasai MyEG. Portal MyPay ini dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat Dapat Vista (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang disokong oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) secara tidak langsung.

 

Sejak tahun 2004 lagi MyPay telah berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam menyediakan sistem perkidmatan SMS dan jika dilihat kepada pemegang saham dalam syarikat MyPay ini, terdapat dua pemegang saham utama iaitu HeiTech Padu Bhd dengan jumlah 9.2 juta saham dan Television Airtime Services Sdn Bhd yang memiliki saham sebanyak 2.3 juta.

 

Image result for mypay
Kredit: Amanz

 

Dalam masa yang sama, anak syarikat PNB bagi tujuan pelaburan iaitu Yayasan Pelaburan Bumiputera pula memiliki pegangan saham dalam HeiTech Padu sebanyak 22.86%. Pengerusi HeiTech Padu buat masa ini iaitu Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib juga adalah bekas CEO PNB bermula tahun 1995 sehingga 1997. HeiTech Padu yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2000 merupakan syarikat teknologi informasi bagi PNB sejak tahun 80an lagi.

 

Berikutan daripada perkembangan MyPay ini, saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50%. Daripada nilai 56 sen bagi satu saham, ia telah melonjak naik sebanyak 30 sen kepada 86 sen. MyPay dijangka akan menjadi penyumbang pendapatan yang signifikan kepada HeiTech Padu selepas ini.

 

Sebelum ini, hasil pendapatan HeiTech Padu dilihat amat suram kerana pada tahun 2018 selepas suku ketiga, pendapatan yang dicatatkan hanyalah sebanyak RM304.57 juta dan keuntungan bersih pula pada nilai RM3.4 juta. Jika dibandingkan, tahun 2016 dan tahun 2017 adalah tahun yang lebih teruk bagi HeiTech Padu apabila keuntungan bersih yang direkodkan hanyalah sebanyak RM503,419 (2016) dan RM590,297 (2017).

 

Dalam satu sidang akhbar, CEO MyPay, Nick Liew menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak lama lagi akan dapat menikmati akses kepada perkhidmatan atas talian bagi perkhidmatan kerajaan melalui platform integrasi dan beliau juga menjangkakan untuk menyediakan sistem pembayaran yang menyokong perkidmatan perbankan, kad kredit dan e-wallet selepas ini.

 

Satu lagi pemain baru dalam industri ini, Orion IXL pula dilihat fokus kepada pasaran e-corporation. Pada Disember 2018, Orion telah membeli 10% pegangan ekuiti dalam Sukaniaga Sdn Bhd dengan nilai RM10 juta. Sukaniaga telah membuat perjanjian bersama syarikat MyAngkasa Holdings Sdn Bhd pada Oktober tahun lepas bagi membangunkan sistem Fintech yang dikenali dengan nama ‘MyAngkasa Az-Zahara’ (MyAzZahra).

 

Image result for orion ixl
Kredit: The Edge

 

MyAzZahra ini adalah satu sistem yang berasaskan blockhain dan analisis big data serta menyediakan ‘in-house credit rating’ berdasarkan teknologi AI.

 

Di bawah perjanjian tersebut, anak syarikat Orion iaitu Ganda Integrasi Sdn Bhd akan membekalkan sistem MyAzZahra kepada Sukaniaga. Setiap pinjaman yang diluluskan melalui MyAzZahra ini, Sukaniaga akan memperoleh 1.5% daripada jumlah keseluruhan pinjaman dan Sukaniaga perlu memperuntukkan 1.275% daripada jumlah pinjaman itu kepada Ganda Integrasi.

 

Dengan perkembangan terbaru ini, sudah pasti landskap industri perkhidmatan e-government juga akan lebih terbuka dan rakyat Malaysia bakal mempunyai lebih banyak pilihan. Taraf perkhidmatan juga sudah semestinya akan lebih baik kerana setiap syarikat akan berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…