fbpx

Potensi Sektor Pembinaan Kembali Pulih

Oleh : Wan Syarafiz
29 Januari 2019 - 5:26 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Projek LRT3 dan MRT2 diteruskan dengan kos yang lebih rendah
  • Bagi pertambahan setiap satu ringgit, akan wujud pertambahan nilai sebanyak 0.35 – ujar Anthony Dass

 

Melihat kepada perkembangan sektor pembinaan, tahun 2018 boleh disifatkan sebagai tahun yang tidak menentu apabila banyak projek mega telah dibatalkan atau ditangguhkan selepas berlakunya pertukaran kerajaan persekutuan.

 

Namun kini, kita dapat menyaksikan beberapa perkembangan positif mula menunjukkan hasil. Beberapa hari lepas, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan George Kent Bhd telah menandatangani kontrak perjanjian dengan Prasarana Malaysia bagi projek Trasnsit Aliran Ringan 3 (LRT3). Terbaru, dikhabarkan projek mega Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan dibatalkan dan bakal diserahkan kepada kontraktor tempatan.

 

Bukan itu sahaja, projek naik taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) fasa dua juga dijangka akan bermula tidak lama lagi dan pemberian sub-kontrak bagi projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dilaporkan juga sedang rancak dilaksanakan.

 

Namun adakah ini cukup bagi memulihkan kembali sektor pembinaan di Malaysia?

 

Profesor Ekonomi Sunway University, Yeah Kim Leng menjangkakan bahawa prestasi industri pembinaan akan “kekal sama atau meningkat pada kadar yang rendah” sahaja. Tidak akan ada pemulihan yang menyeluruh atau peningkatan mendadak dalam sektor pembinaan ujar beliau.

 

Beliau menyatakan aktiviti kejuruteraan pembinaan dalam projek infrastruktur berskala besar dan projek pengangkutan kini menunjukkan sedikit peningkatan selepas menerima ‘lampu hijau’ untuk diteruskan pada harga yang lebih rendah. Projek perumahan di kawasan yang mendapat permintaan tinggi juga dijangka akan diteruskan oleh pemaju-pemaju besar.

 

“Secara menyeluruh, kerja-kerja kejuruteraan pembinaan dan situasi pasaran hartanah ini akan membantu untuk menstabilkan pertumbuhan sektor pembinaan,” ujar Yeoh.

 

Related image

 

Kerja-kerja pembinaan LRT3 yang sebelum ini ditangguhkan dijangka akan mula dilaksanakan selepas pertengahan tahun ini apabila MRCB dan Geroge Kent telah menandatangani perjanjian kontrak harga tetap bersama pihak Prasarana. Projek ini akan diteruskan pada harga RM16.63 bilion iaitu 47% lebih rendah berbanding kos awal yang dibentangkan.

 

Situasi hampir sama juga terjadi kepada projek MRT2 apabila MMC Corp Bhd dan Gamuda Bhd bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bawah tanah pada kos yang lebih rendah RM13.11 bilion. Kos keseluruhan telah menurun sebanyak 21.5% iaitu bersamaan dengan RM3.6 bilion.

 

Menurut Penganalisa Kenanga Research, Adrian Ng, sektor pembinaan di Malaysia sebenarnya kekurangan pemangkin (catalyst) dan dapat dilihat tidak banyak perbelanjaan yang disalurkan oleh kerajaan kepada pembinaan infrastruktur kerana pengurangan kos dalam projek LRT3 dan MRT2.

 

Bagaimanakah sektor pembinaan mampu membantu ekonomi Malaysia secara keseluruhan?

 

Ketua Ekonomi Kumpulan AmBank, Anthony Dass berkata berdasarkan beberapa indicator, ia menunjukkan ekonomi akan menjadi lebih perlahan dan lemah pada tahun 2019 namun, sektor pembinaan dan infrastruktur mampu membantu untuk memberi hasil pulangan yang positif.

 

Beliau kemudian menambah lagi, walalupun sektor pembinaan hanya menyumbang sekitar 5% daripada keseluruhan aktiviti ekonomi, ia sebenarnya berperanan besar kerana turut berhubung kait dengan sektor-sektor lain.

 

“Berdasarkan jangkaan kami, untuk pertambahan setiap satu ringgit, akan wujud pertambahan nilai sebanyak 0.35”, ujar Anthony Dass.

 

Ini bermakna sekiranya berlaku penambahan RM30 bilion dalam sektor pembinaan pada tahun 2019, wujud potensi untuk meraih nilai tambahan pada kadar RM10.5 bilion.

 

Image result for mrt2 construction progress
Kredit: New Straits Times

 

Namun begitu, aktiviti penyaluran dana (pump-priming) ini hanya berkesan bagi jangka masa pendek sahaja kerana sekiranya diteruskan untuk jangka masa panjang, ia akan menyebabkan kontraktor terlalu bergantung kepada kontrak kerajaan.

 

Dengan sektor pembinaan dilihat berada dalam situasi kurang memberansangkan, wujud dua trend terbaru yang kini menjadi amalan syarikat-syarikat kontraktor di Malaysia. Pertamanya, syarikat kontraktor besar kini mula mensasarkan projek-projek berskala kecil pada harga sekitar RM300 juta hingga RM500 juta. Keduanya, banyak syarikat kontraktor mahu melebarkan perniagaan mereka ke luar negara.

 

Berikutan daripada situasi ini, kita mungkin bakal menyaksikan lebih banyak syarikat kontraktor yang bergabung demi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka kerana kontraktor berskala kecil terpaksa bersaing dengan kontraktor yang lebih besar.

 

Penganalisa Maybank Research, Adrian Wong pula berpendapat apabila wujud situasi kontraktor besar mula menyasarkan projek lebih kecil, ini akan menyebabkan berlakunya penurunan margin keuntungan. Sebelum ini, margin keuntungan sebelum cukai bagi projek kerajaan adalah pada kadar 8% hingga 10%. Dengan keadaan terkini, jangkaan yang diletakkan Maybank Research bagi margin keuntungan sebelum cukai selepas ini ialah 5% hingga 6% sahaja.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…