fbpx

Program Khas Pengakuan Sukarela, Inisiatif Ringankan Beban Rakyat – LHDN

Oleh : Wan Syarafiz
15 Januari 2019 - 3:57 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Tempoh 3 November 2018 – 30 Jun 2019, kadar penalti akan diturunkan kepada 10% – 15% sahaja
  • 80,000 pembayar cukai individu dan pemilik syarikat perniagaan dikenal pasti gagal membayar cukai selain tidak melaporkan atau mengembalikan borang cukai pendapatan

 

Program Khas Pengakuan Sukarela oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Ini susulan daripada pengumuman yang telah dibuat dalam Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan pada tahun lepas.

 

Apa Program Khas Pengakuan Sukarela ini?

 

Menurut Lim Guan Eng, program ini sebenarnya adalah usaha kerajaan untuk melakukan reformasi percukaian serta ingin menggalakkan pembayar cukai supaya tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan. Menurut beliau lagi, program ini akan mampu membantu mengurangkan ketirisan hasil negara.

 

Program yang bermula pada 3 November 2018 ini dan akan berakhir pada 30 Jun 2019 adalah terbuka kepada semua kategori pembayar cukai. Dalam tempoh ini, pembayar cukai yang tampil secara sukarela akan diberikan kadar penalti yang rendah pada kadar 10% hingga 15% sahaja daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

 

Apa akan jadi selepas tempoh ini?

 

Selepas tempoh pengakuan sukarela ini tamat pada 30 Jun 2019, pembayar cukai yang berjaya dikesan melakukan ketidakpatuhan dalam pengisytiharan cukai pendapatan akan dikenakan penalti yang jauh lebih tinggi antara 80% hingga 300%!

 

Image result for lhdn
Kredit: Astro Awani

 

Bagaimana untuk isytihar secara sukarela?

 

Bagi pembayar cukai yang belum membuat sebarang pengisytiharan cukai pendapatan untuk mana-mana tahun taksiran, mereka hanya perlu mengisi boring cukai melalui e-Filing atau borang kertas.

 

Bagi pembayar cukai yang telah membuat pengisytiharan cukai pendapatan yang tidak tepat pula, mereka hanya perlu menghantar surat atau e-mel kepada LHDN memaklumkan hasrat untuk membuat pengakuan sukarela dan melaporkan pendapatan atau perbelanjaan sebenar dalam surat atau e-mel tersebut.

 

Dalam masa yang sama juga, LHDN akan bertindak menghantar surat dan e-mel kepada lebih 8.3 juta pembayar cukai yang berdaftar.

 

Antara kriteria yang akan menerima surat atau emel ini ialah:

 

  • Pembayar cukai berdaftar tetapi dikesan belum pernah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  • Pembayar cukai berdaftar tetapi gagal mengemukakan BNCP secara teratur (terdapat BNCP bagi mana-mana tahun taksiran yang gagal dikemukakan)
  • Pembayar cukai berdaftar yang telah mengemukakan BNCP tetapi dikesan mempunyai isu pematuhan cukai seperti keraguan amaun pendapatan (terkurang isytihar pendapatan) atau keraguan amaun perbelanjaan dan pelepasan cukai yang dituntut (terlebih tuntut)

 

Related image
Kredit: Majalah Labur

 

Jadi, kepada mana-mana pihak yang telah menerima surat atau e-mel ini perlulah mengambil langkah untuk membuat semakan terhadap rekod mereka serta bertindak segera mengisytiharkan pendapatan serta perbelanjaan yang betul dan telus dalam tempoh tawaran program sukarela ini.

 

Sebarang pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh tawaran ini akan diterima secara ‘suci hati’ tanpa pertanyaan lanjut.

 

Setakat ini, LHDN melaporkan terdapat kira-kira 80,000 pembayar cukai individu dan pemilik syarikat perniagaan telah dikenal pasti gagal membayar cukai selain tidak melaporkan atau mengembalikan borang cukai pendapatan. Turut tersenarai ialah ahli politik yang enggan didedahkan identiti mereka oleh LHDN.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…