fbpx

Projek ECRL Belum Ada Keputusan Muktamad – PM

Oleh : Kapital
30 Januari 2019 - 11:19 am

Reading Time: 1 minute

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan masih belum membuat keputusan akhir mengenai projek ECRL. Beliau berkata, projek ini adalah masih dalam rundingan dan pihak kerajaan kini terbuka dalam meneliti sebarang opsyen lain.

 

Artikel ini kali pertama disiarkan di Bernama.

 

PETALING JAYA, 29 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan akhir mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) belum dibuat.

“Buat masa ini keputusan akhir belum dibuat, sesetengah perkara sudah diputuskan namun kita perlu cari penyelesaian yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini hari ini.

 

Ditanya bagi mengesahkan projek itu belum dibatalkan, beliau berkata: “Kita masih berunding.”

Dr Mahathir berkata kerajaan berpandangan lebih banyak masa perlu diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk mengusahakan penyelesaian berhubung masalah membabitkan projek bernilai RM81 bilion itu.

“Saya tidak boleh memberikan penjelasan tentang apa yang akan kami lakukan, namun setakat ini tiada keputusan yang dibuat,” katanya.

 

Ditanya sama ada kerajaan akan meneliti opsyen lain berbanding membatalkan projek itu, perdana menteri berkata: “Mungkin ada opsyen lain, kita terbuka.”

Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata kerajaan mengkaji kos projek ECRL secara berterusan.

“Nampaknya ada tawaran oleh pihak lain yang kosnya lebih rendah. Saya rasa kerajaan terdahulu membuat anggaran (kos) yang sangat tinggi, kita perlu tangani perkara itu,” katanya.

 

Mengenai sama ada apa yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai percanggahan maklumat berhubung projek itu akan menimbulkan kebimbangan pelabur, Dr Mahathir berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kenyataan menteri-menteri berkenaan ditafsir secara berbeza.

Perdana menteri berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membuat pengumuman mengenai perkara itu apabila rundingan selesai.

Artikel ini kali pertama disiarkan di Bernama.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…