fbpx

Rangkuman 2018 & 5 Perkara Perlu Diperhatikan Tahun Hadapan

Oleh : Kauthar Rozmal
01 Januari 2019 - 8:14 pm

Reading Time: 4 minutes

Selepas pertukaran kerajaan 9 Mei yang lalu, pelbagai perubahan yang kita dapat lihat daripada suasana politik, polisi-polisi kerajaan dan juga hala tuju ekonomi era Malaysia Baru. Di sini kami rangkumkan beberapa perkara penting yang terjadi sepanjang tahun ini.

 

Rangkuman 2018

1. Kebergantungan pendapatan negara terhadap minyak

Demi memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan (PH), mereka terpaksa menghapuskan sistem percukaian GST yang dikatakan menjadi punca kenaikan harga barang. Kesannya, pendapatan negara berkurang hampir RM17 bilion daripada penghapusan GST dan pengenalan semula SST.

 

Selain itu, pendapatan daripada sumber minyak juga ditingkatkan daripada RM 11.45 bilion pada tahun 2017 kepada RM 16.85 bilion tahun ini. Ini belum lagi ditambah dengan dividen khas yang diberikan PETRONAS berjumlah RM30 bilion.

2. Cukai-cukai baru diperkenalkan

Dalam usaha menambah pendapatan negara, kerajaan telah memperkenalkan beberapa cukai baharu dalam Belanjawan 2019. Antaranya adalah cukai digital yang akan mula diperkenalkan bermula Januari 2020. Cukai ini dikenakan bagi servis digital yang diimport daripada luar seperti Spotify dan Netflix.

 

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan cukai soda bermula April 2019 dan levi bagi penerbangan antarabangsa bermula Jun 2019.

 

Baca: Ringkasan Belanjawan 2019: Lebih Baik Daripada Yang Disangkakan

3. Hala tuju ekonomi Malaysia

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah beberapa kali menekankan kekayaan negara ini perlulah dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, bukanlah membanggakan angka-angka statistik semata-mata seperti KDNK.

 

Di samping mengejar kemajuan dan pertumbuhan ekonomi, kebajikan kumpulan kurang bernasib baik terutamanya B40 tidak dilupakan. Jika kita lihat semula belanjawan 2019, pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada kumpulan B40 telah diperkenalkan.

 

Subsidi serta bantuan yang diberikan kini lebih bersasar berbanding sebelumnya. Misalnya, di bawah Bantuan Sara Hidup, bantuan diberikan berdasarkan jumlah tanggunan, lebih ramai anak lebih banyak bantuan yang diberikan. Begitu juga dengan insuran kesihatan serta subsidi minyak dan eletrik yang hanya diberikan kepada kumpulan B40.

 

Baca: Belanjawan 2019: Senarai Insentif Yang Bakal Diterima Golongan B40

Baca: Pembangunan Bukan Lagi Sekadar KDNK, Tetapi Kekayaan Yang Dikongsi Bersama – Tun M

 

Image result for sawit
Kredit: MalaysiaGazette

4. Pasaran komiditi semakin tenat

Harga sawit semakin jatuh merudum dari hari ke hari, dalam tempoh satu tahun sahaja harga sawit telah jatuh sekitar 50%. Sebagai rekod, Malaysia adalah pengeksport kedua terbesar dunia bagi minyak kelapa sawit di belakang Indonesia.

 

Ada beberapa faktor yang dikatakan menyumbang kepada kejatuhan harga sawit seperti sentimen perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta langkah sekatan yang mahu diambil oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi melarang penggunaan minyak sawit dalam bahan bakar.

 

Namun apa yang lebih penting adalah apakah usaha kerajaan bagi menangani masalah ini? Apa nasib peneroka felda?

 

Baca: Harga Sawit Jatuh, Cadangan Penyelesaian Daripada Najib Razak

 

Dalam pada itu, pasaran minyak mentah dunia juga mengalami nasib yang sama. Baru-baru ini harga minyak dunia Brent jatuh dibawah USD 50 setong. Perkara ini sudah semestinya memberi tekanan terhadap kerajaan yang semakin bergantung kepada pendapatan daripada hasil minyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 

Adakah kerajaan akan menyemak semula Belanjawan 2019?

 

Image result for mrt
Kredit: MyMRT

5. Nasib projek-projek mega

Dalam keadaan kewangan negara yang tenat disebabkan bebanan hutang yang tinggi, kerajaan perlu menyemak semula projek-projek mega bagi menjemitkan perbelanjaan. LRT 3 dan MRT 2 tetap diteruskan dengan beberapa penjimatan.

 

Bagi projek MRT 3 pula, ianya telah dibatalkan. Menurut Tun M projek MRT ini terlalu mewah dan terlalu awal dibina. HSR dan ECRL pula lain ceritanya, kedua-dua projek ini masih dalam fasa penyemakan semula. Hal ini kerana projek ini turut melibatkan campur tangan daripada negara luar iaitu Singapura dan China. Apakah kesudahannya nanti?

 

Cukup sudah mengenai rangkuman 2018, kini kita lihat pula apakah perkara yang perlu diperhatikan bagi tahun hadapan.

1. Kenaikan kadar faedah

Pertengahan Disember lalu, Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25%, merupakan kenaikan keempat pada tahun ini. Adakah Malaysia akan menaikkan juga kadar faedah? Semenjak Januari lalu, Bank Negara Malaysia masih lagi mengekalkan kadar faedah pada 3.25%.

 

Jika ianya dinaikkan, ianya mampu mengurangkan kadar pengeluaran pelaburan asing daripada negara ini, tetapi jika ianya dikurangkan, ianya dijangka menyebabkan kelembapan ekonomi ekoran penurunan perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Image result for ringgit
Kredit: Financial Times

2. Kadar pertukaran Ringgit

Setakat ini, Ringgit telah menyusut sebanyak 3.41% berbanding USD. Melihat kepada graf USD/MYR, Ringgit mula menyusut pasca PRU14. Hal ini kerana hala tuju yang kurang jelas daripada kerajaan PH serta kelembapan ekonomi dunia.

 

Baca: Asas Ekonomi: Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tukaran Wang

 

4. Ketegangan suasana politik

Seperti mana yang kita tahu, Tun M bakal menyerahkan mandat sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 2 tahun. Namun, persepsi melihat Anwar seolah-olah tergopoh-gopoh untuk menjadi Perdana Menteri dengan langkah PD beliau.

 

Selain itu, perpecahan dalam parti seperti PKR turut menambah kehangatan suasana politik di Malaysia. Sesetengan menteri dilihat terlampau sibuk berpolitik sehinggakan kementeriannya tidak diuruskan dengan baik.

 

Baca: 2019: Demam Politik Belum Kebah

 

Image result for tnb
Kredit: TNBit

4. Pertukaran pimpinan tertinggi GLC dan agensi kerajaan

Selepas 9 Mei 2019, Pakatan Harapan (PH) tidak henti-henti melaungkan slogan tadbir urus korporat penuh integriti dan hal ini dibuktikan dengan rombakan besar-besaran yang dilaksanakan terhadap pelbagai agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan seperti Khazanah, PNB, MARA, FELDA dan SKMM.

 

Segala usaha rombakan itu tidak berhenti setakat itu sahaja, malah dijangkakan pada tahun 2019, lebih banyak rombakan sama terhadap beberapa agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan lain akan dilakukan. Menurut sumber tertinggi memberitahu kapital terdapat perubahan besar melibatkan beberapa agensi kerajaan dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

 

Baca: [EKSKLUSIF] 4 GLC & 5 Agensi Kerajaan Dijangka Menerima Lantikan Baru

 

5. Keadaan ekonomi dunia yang merudum

International Monetary Fund (IMF) baru-baru ini menukar pendapat mereka terhadap keadaan ekonomi untuk tahun hadapan, di mana mereka menjangkakan ekonomi dunia pada tahun 2019 akan tumbuh lebih perlahan daripada yang dijangka.

 

Ini semuanya berpunca daripada perang perdagangan dunia yang dimulai oleh Presiden Donald Trump. Billionaire yang menjadi Presiden Amerika Syarikat tersebut telah mengenakan tarif-tarif yang tinggi terutamanya ke atas China, sedangkan banyak produk China yang dieksport ke AS

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…