fbpx

Saham Jatuh, Harga Emas Dijangka Melonjak

Oleh : Izzuddin Yussof
05 Januari 2019 - 8:50 pm

Reading Time: 2 minutes

Data ekonomi tahun 2019 dimulakan dengan sentimen negatif, dengan hampir semua data menunjukkan ekonomi pada tahun 2019 akan jelas perlahan, malahan ramai ahli ekonomi yang mula meletakkan kemungkinan kejatuhan ekonomi pada hujung tahun ini.

 

Data PMI (purchasing manager index) pembuatan Amerika Syarikat oleh ISM menunjukkan kejatuhan yang sangat mendadak, kejatuhan yang paling cepat sejak Oktober 2008. Manakala data PMI pembuatan Malaysia sendiri jatuh ke tahap paling rendah di dalam sejarah, di mana data itu mula dikeluarkan pada Julau 2012

 

Pada masa sama, saham syarikat Apple, syarikat dengan market cap yang terbesar di dunia, muala jatuh dengan menjunam apabila CEO mereka, Tim Cook menyemak kembali sasaran jualan mereka pada 2019 ke tahap yang lebih rendah. Ini menyebabkan nilai saham syarikat Apple jatuh hampir 10% hanya dalam sehari.

 

Sentimen negatif terhadap prestasi ekonomi pada tahun 2019 ini berkemungkinan besar membawa kepada beberapa perkara:

 

1) Pasaran saham

Pasaran saham pada tahun ini berkemungkinan besar akan langsung tidak memberangsangkan. Malahan kemungkinan untuk ianya jatuh itu adalah sangat tinggi.

 

Peperangan perdagangan antara AS dan China akan melembapkan prestasi ekonomi kedua-dua ekonomi ini. Dan lebih malang lagi memandangkan negara-negara Asia termasuk Malaysia banyak bergantung kepada pasaran kedua-dua negara ini, sekaligus bermaksud negara kita akan turut mendapat tempias daripada peperangan perdagangan antara mereka.

 

Hasilnya, duit di dalam financial market akan mula mencari-cari lokasi untuk dilaburkan.

 

Dan seperti biasa, mereka berkemungkinan akan balik kepada dua aset yang biasa. Emas dan Yen.

 

Image result for emas

2) Harga emas

Harga emas sudah mula menunjukkan momentum positif semenjak awal Disember 2018. Hanya dalam sebulan lebih, harga emas sudah naik lebih daripada 6.7%. Dan momentum ini kelihatan akan berterusan.

 

Emas memang sejak bertahun dulu merupakan pilihan pasaran kewangan setiap kali mereka menjangkakan kelembapan ekonomi akan berlaku di Amerika Syarikat. Walaupun emas itu sendiri tidak memberikan dividen atau pulangan, tetapi ramai pelabur akan meletakkan duit mereka di dalam emas atas faktor harga emas biasanya akan naik setiap kali berlaku kelembapan ekonomi di AS.

 

3) Yen

Sama seperti emas, matawang Jepun, Yen, merupakan salah satu pilihan utama pelabur setiap lali berlakunya kelembapan ekonomi di AS. Jepun adalah ekonomi ketiga terbesar berbanding AS dan China, ditambah lagi dengan pasaran mereka yang terbuka dan kurang campur tangan kerajaan, ramai pelabur ‘suka’ untuk ‘melarikan duit’ mereka ke Jepun setiap kali berlaku masalah ekonomi di AS.

 

Semenjak pertengahan bulan Disember, nilai Yen sudah naik sebanyak 5%

 

4) Kenaikan Ringgit?

Sama seperti Yen, Ringgit di dalam USDMYR juga berkemungkinan akan naik. Tetapi naiknya nilai Ringgit itu bukanlah sebab ‘Ringgit’ itu sendiri. Tetapi disebabkan kejatuhan nilai US Dollar.

 

Ini kerana dengan risiko kelembapan ekonomi di AS, Federal Reserve (bank pusat AS) berkemungkinan tidak lagi akan menaikkan kadar faedah mereka, sekaligus akan menjadikan US Dollar kurang menarik di mata pelabur.

 

US Dollar sudah jatuh sebanyak 1% sejak pertengahan bulan Disember, manakala Ringgit berbanding USD pula naik sebanyak 1.1%

 

5) Bitcoin?

Bitcoin masih tidak ada rekod prestasi mereka menjelang kelembapan ekonomi. Disebabkan itu jika betul kelembapan ekonomi bakal berlaku, maka ini akan menjadi yang pertama dan prestasi Bitcoin kali ini akan menjadi kayu ukur untuk prestasi Bitcoin di masa hadapan.

 

Adakah anda seorang pelabur pasaran kewangan?

 

Jika ya, maka di manakah pilihan pelaburan destinasi anda selepas ini?

 

Disclaimer: kepada orang Islam, hukum pelaburan di dalam emas perlulah dirujuk kepada pakar terlebih dahulu

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…