fbpx

Seminggu Selepas Larangan Merokok Dilaksanakan

Oleh : Kauthar Rozmal
07 Januari 2019 - 5:18 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Cadangan bagi mewujudkan kawasan khas bagi perokok
  • Bilangan pelanggan restoran menurun 15%

Genap seminggu sudah larangan merokok  dikuatkuasakan di semua premis makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelbagai reaksi yang diterima baik daripada golongan perokok dan golongan bukan perokok.

 

Secara umumnya, rakyat Malaysia telah memberikan kerjasama yang baik bagi mematuhi larangan merokok ini. Jika anda ke kedai makan hari ini, tiada lagi asap-asap rokok dapat dihidu, perokok turut menghormati pelanggan lain dengan merokok 3 meter daripada kedai makan seperti mana yang ditetapkan oleh KKM.

 

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa reaksi luar biasa daripada rakyat Malaysia dalam masa seminggu ini. Di Seksyen 25 Shah Alam misalnya, seorang pelayan restoran ditampar gara-gara menegur pelanggan yang sedang merokok.

 

Ada juga dalam kalangan perokok yang cuba menjadi kreatif bagi membenarkan mereka merokok di kedai makan sehinggakan mereka mengalihkan meja makan jauh daripada kawasan premis. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad turut memuji tindakan seorang perokok yang merokok jauh daripada premis.

 

 

Adakah larangan ini memberi kesan kepada perniagaan?

 

Disebalik kempen larangan merokok ini, beberapa pemiliki kedai makan mendakwa bilangan pelanggan mereka menurun. Ianya diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Datuk Ho Su Mong yang mendakwa pengusaha premis makanan terutama kedai kopi telah kehilangan kira-kira 15 peratus pelanggan dalam kalangan perokok sejak Selasa lalu.

 

“Kedai kopi biasanya menerima 20 hingga 30 peratus pelanggan dalam kalangan perokok, namun selepas larangan merokok ini dilaksanakan, saya melihat jumlah itu menyusut sehingga separuh atau 15 peratus sahaja yang datang.

 

“Kehadiran pelanggan tidak kira perokok atau tidak sememangnya penting tetapi apabila ramai perokok tidak lagi datang, kita akan mengalami kerugian besar. Saya berharap kesan ini hanya sementara waktu dan mereka akan datang semula nanti apabila sudah dapat menyesuaikan diri,” – Ho Su Mong

 

Walaupun kerugian ini tidak dapat lagi dinilai kerana baru seminggu sahaja berkuat kuasa, namun kesannya dirasai oleh pengusaha kedai makan terutamanya kedai makan yang menjadi tumpuan masyarakat melepak.

 

Menurut seorang pengusaha restoran, margin keuntungan yang besar datang daripada hasil menjual minuman berbanding makanan. Penurunan pelanggan daripada kalangan mereka yang melepak ini telah memberi kesan kepada keuntungan mereka.

 

Baca: 20% Perokok VS 80% Bukan Perokok. Keutamaan Kepada Siapa?

Ya, memang tidak dinafikan larangan merokok ini bagus, namun alternatif perlu disediakan kepada perokok. Jepun juga baru sahaja memperkenalkan larangan merokok pada Julai 2018 yang lalu, namun cara pelaksanaannya agak berbeza di Malaysia.

 

Sebagai contoh, tidak semua restoran dikenakan larangan merokok, ianya hanya bagi kedai makan berkeluasan 1,076 kaki persegi. Di banggunan kerajaan pula seperti sekolah dan hospital, merokok tidak dibenarkan sama sekali. Manakala di tempat awam, tempat khas merokok disediakan.

 

Kenapa kerajaan tidak menyarankan restoran menyediakan ruangan khas merokok?

 

Hal ini mungkin kerana bagi menyediakan ruangan khas bakal menelan belanja yang besar. Namun, ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat. Sebagai contoh, meja-meja diluar kedai adalah kawasan merokok manakala dalam kedai adalah kawasan larangan merokok.

 

Apakah cadangan anda?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…