fbpx

Skim Mysalam: Inisiatif Kerajaan Memperjuangkan Golongan B40

Oleh : Wan Syarafiz
30 Januari 2019 - 4:18 pm

Reading Time: 3 minutes
  • 3.69 juta rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada skim mySalam ini
  • Penerima skim yang disahkan menghidap penyakit kritikal akan menerima bayaran sebanyak RM8,000 secara one-off

 

Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang diperkenalkan sebagai inisiatif kerajaan bagi membantu golongan B40 daripada segi perlindungan perubatan dijangka akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Malaysia.

 

Di bawah skim ini, penerima layak mendapat perlindungan kesihatan untuk 36 jenis penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung dan Alzheimer. Melalui skim ini, penerima yang sudah disahkan menghidap penyakit kritikal akan menerima bayaran sebanyak RM8,000. Bukan itu sahaja, apabila penerima dimasukkan ke hospital bagi sesi rawatan, bayaran harian sebanyak RM50 sehari juga akan diberikan untuk tempoh maksimum 14 hari setahun yang bersamaan dengan RM700.

 

Ketika pelancaran ini dibuat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tujuan utama skim ini diperkenalkan adalah sebagai satu langkah bagi merangka dasar pembangunan kewangan yang lebih inklusif serta meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan B40.

 

“Kita berharap mySalam dapat meningkatkan penembusan insurans dan takaful untuk golongan B40 kerana ini amat bermakna dan penting dalam usaha kita meningkat taraf dan kualiti kehidupan kumpulan ini,” ujar Tun Dr Mahathir.

 

Image result for skim mysalam
Kredit: Berita Harian

 

Sebagai rekod, kadar penembusan insuran dan takaful bagi golongan B40 yang bekerja pada tahun 2017 adalah pada kadar rendah 30.3% sahaja.

 

Sebagai permulaan, dana sebanyak RM2 bilion akan disalurkan kepada skim ini. Dan dijangkakan perlindungan perubatan yang ditawarkan ini adalah untuk tempoh 5 tahun. Dana RM2 bilion ini merupakan sumbangan daripada syarikat insuran dan takaful Great Eastern.

 

Di sebalik inisiatif yang baik ini, wujud juga kritikan bagaimanakah pelaksanaan skim ini akan dijalankan.

 

Presiden Malaysian Medical Association, Dr Milton Lum misalannya telah menegaskan bahawa mekanisme pelaksanaan perlu dinyatakan dengan jelas bagi menghalang daripada sebarang amalan rasuah terjadi.

 

Beliau mempersoalkan adakah akan wujud ‘orang tengah’ dalam skim mySalam ini dan jika Kementerian Kesihatan mahu membeli ubat-ubatan secara rundingan atau tender terbuka, penggunaan orang tengah akan menyebabkan ubat-ubatan ini dibeli pada harga yang lebih mahal.

 

“Wang RM8,000 mungkin tidak akan menjadi RM8,000 lagi, jumlah ini mungkin akan lebih mengecil bergantung kepada cara pengendalian,” ujar Dr Lum berkenaan bayaran ‘one-off’ yang akan diterima selepas pesakit disahkan menghidap penyakit kritikal.

 

Menurut Dr Lum lagi, RM8,000 yang akan diberikan kepada pesakit ini sebenarnya tidak mencukupi. Sekiranya pesakit disahkan menghidap kanser, RM8,000 ini hanya cukup untuk menampung satu atau dua kitaran rawatan sahaja. Sedangkan, pesakit kanser sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya enam kitaran rawatan.

 

“Siapa yang akan membayar perbezaan jumlah harga rawatan ini? Anda tidak boleh memulakan rawatan kepada seseorang yang kemudiannya tidak mampu diteruskan lagi,” ujar Dr Lum lagi.

 

Image result for skim mysalam

 

Selain itu, banyak pihak sebenarnya masih tertanya-tanya sehingga kini bagaimanakah pemberian RM8,000 ini akan dilaksanakan? Adakah melalui pembayaran secara sekaligus (lump-sum) atau secara pembayaran balik (reimbursement)?

 

Melalui pemberian RM2 bilion oleh Great Eastern bagi skim mySalam, syarikat insuran dan takaful itu telah diberikan pengecualian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) daripada memenuhi syarat ‘foreign ownership’. Pada tahun 2017, di bawah syarat ‘foreign ownership’ ini, BNM telah menetapkan bahawa syarikat insuran dari luar negara perlu memberikan pegangan 30% syarikat kepada syarikat tempatan.

 

Namun, adakah dengan pengecualian yang diberikan kepada Great Eastern ini akan memberikan lebih banyak keuntungan kepada negara? Dan bagaimana pula dengan syarikat-syarikat insuran lain? Berapa banyak dana pula yang perlu didermakan oleh syarikat insuran lain untuk mendapat keistimewaan foreign ownership seperti Great Eastern?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…