fbpx

Skim VSS: Langkah Meneruskan ‘Survival’ Syarikat

Oleh : Wan Syarafiz
07 Januari 2019 - 5:04 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Media Prima dilaporkan mengalami kerugian enam bulan pertama tahun 2018 sebanyak RM171 juta
  • Skim pemisahan pekerja membolehkan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) menamatkan hubungan professional secara baik

 

Melihat kepada situasi ekonomi hari ini, terdapat banyak faktor sebenarnya yang mengundang ketidaktentuan kepada survival sesebuah perniagaan. Perkara ini bukan hanya melanda Malaysia malahan juga kepada negara-negara lain. Daripada perang perdagangan Amerika Syarikat sehingga harga komoditi dunia dan faktor-faktor lain lagi, semua ini sedikit sebanyak menyumbang kepada jatuh bangun perniagaan sesebuah syarikat.

 

Andaikan sesebuah syarikat itu tidak mampu lagi untuk bertahan dalam perniagaan mereka, ramai pihak akan bertanya apakah nasib pekerja-pekerja tersebut selepas ini?

 

Situasi di Malaysia sebenarnya agak baik kerana terdapat undang-undang yang menjaga kebajikan pekerja. Sebab itu lah kita sering melihat apabila sesebuah syarikat mahu menstruktur semula syarikat mereka dan akan membuang pekerja, syarikat akan menawarkan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) sebagai pampasan.

 

VSS juga bukanlah satu-satunya skim yang ada di dalam negara ini. Apabila majikan mahu memberhentikan pekerja, terdapat juga skim-skim lain seperti Voluntary Exit Scheme (VES), Early Retirement Scheme (ERS) dan Mutual Seperation Scheme (MSS).

 

Skim-skim ini ditawarkan oleh majikan bagi mengurangkan pekerja dan ia bukanlah satu paksaan sebaliknya pekerja ditawarkan untuk berhenti kerja secara sukarela daripada syarikat tersebut dan sebagai pulangan mereka akan diberikan pampasan (compensation) yang adil mengikut undang-undang.

 

Related image
Kredit: malaysiagazette.com

 

Namun, timbul banyak pihak yang mempersoalkan sama ada skim ini sebenarnya adil untuk pekerja?

 

Melalui peruntukan Akta Kerja 1955 di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), sesebuah syarikat itu tidak boleh dengan sesuka hati mengadakan VSS tetapi perlu mematuhi 10 perkara terlebih dahulu seperti mengehadkan kerja lebih masa dan mengurangkan gaji pekerja.

 

Apabila kesemua kriteria ini telah dilaksanakan, barulah skim VSS untuk memberhentikan pekerja akan diluluskan kerajaan. Selepas itu, pekerja akan menerima pampasan berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh perkhidmatan pekerja terbabit.

 

Sepanjang tahun 2018, kita dapat lihat beberapa syarikat ternama di Malaysia telah menawarkan skim VSS sebagai satu langkah untuk terus survive dalam perniagaan mereka atau juga sebagai cara bagi untuk mengurangkan kos operasi.

 

Kumpulan AmBank antara yang telah bertindak menawarkan skim MSS pada awal tahun 2018 sebagai salah satu cara untuk memenuhi agenda transformasi strategiknya. Tindakan ini dilaksanakan kerana terdapat banyak skop dan proses kerja yang telah diselaraskan dan disatukan yang akhirnya menyebabkan terdapat banyak pertindihan kerja.

 

DRB-Hicom Bhd turut melaksanakan skim VSS sebagai sebahagian proses penyusunan semula bagi memenuhi cabaran ekonomi semasa dan masa depan yang akan ditempuhi oleh syarikat terbabit.

 

Lain pula ceritanya bagi syarikat penerbitan akhbar Utusan Melayu (M) Bhd yang menawarkan skim VSS kepada lebih separuh daripada kakitangannya

 

Kumpulan Utusan terpaksa mengambil langkah terbabit bagi mengurangkan kos yang ditanggung kerana berdasarkan rekod, Kumpulan Utusan telah mencatatkan kerugian enam tahun berturut-turut dengan jumlah rugi terkumpul RM71.4 juta. Bukan itu sahaja, kumpulan syarikat terbabit juga kini berhadapan dengan hutang sebanyak RM328 juta.

 

Syarikat media yang turut mengalami tekanan yang hampir serupa ialah Media Prima Bhd yang melaksanakan skim VSS sebagai langkah mengurangkan kos operasi. Media Prima sebelum ini telah dilaporkan mengalami kerugian enam bulan pertama tahun 2018 sebanyak RM171 juta. Ini jauh berbeza bagi tempoh yang sama pada tahun 2017 di mana syarikat terbabit telah mencatatkan keuntungan bersih RM45.16 juta.

 

Terbaru, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) juga menawarkan skim VSS bagi memboleh syarikat itu menyusun kembali organisasinya. Pelaksanaan VSS itu dibuat bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan Kumpulan.

 

Image result for astro malaysia
Kredit: The Star

 

Walaupun skim VSS ini sering dipandang sebagai perkara yang negatif oleh ramai pihak namun sebenarnya skim ini bertindak membolehkan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) menamatkan hubungan professional secara baik.

 

Ia tidak semestinya membawa maksud syarikat tersebut bermasalah dalam perniagaan kerana sebahagian besar syarikat yang melaksanakan skim VSS ini adalah bagi memenuhi penstrukturan semula organisasi bagi mendepani cabaran ekonomi yang akan datang. Daripada sudut positif, pekerja yang mengambil skim ini sebenarnya berpeluang untuk mencari kerja yang lebih baik dan menyahut cabaran baru di tempat kerja yang baru.

 

Tahun 2019 diramalkan sesetengah pihak sebagai tahun yang lebih mencabar untuk memastikan kelangsungan sesebuah perniagaan kerana faktor ketidaktentuan ekonomi dunia. Adakah kita bakal menyaksikan lebih banyak syarikat yang akan menawarkan skim VSS selepas ini?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…