Syarikat Ini Berjaya Meraih Dana RM4 Juta Dalam Masa 38 Minit
- Commerce.Asia berjaya meraih dana tersebar bejumlah RM5 juta
- Fundaztic berjaya meraih RM4 juta dalam masa 38 minit sahaja
Walaupun pasaran dilihat suram secara kesuluruhannya pada 2018, namun Pitchin terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dalam industri Pelaburan Pembiayaian Ekuiti Bersama (ECF).
75% daripada jumlah dana yang diraih dalam pasaran ECF tahun lalu adalah melalui platform Pitchin. Tahun lalu, seramai 400 pelabur telah melabur melalui Pitchin dan 8 syarikat berjaya meraih dana disini.
Apa itu ECF?
ECF adalah satu platform di mana syarikat Startups dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) boleh mendapatkan dana daripada pelabur-pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Satu fakta yang membanggakan mengenai ECF adalah negara kita Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan rangka pengawal selian bagi ECF pada tahun 2015.
Baca: Pengenalan Pelaburan Pembiayaian Ekuiti Bersama (ECF)
Selaku pendahulu industri, Pitchin telah berjaya mencatatkan rekod terbaru dengan pengumpulan dana terbesar dan terpantas tahun lalu.
Pengumpulan dana terbesar
Syarikat: Commerce.Asia
Jumlah Dana: RM5,000,000
Ditubuhkan pada Jun 2016, Commerce.Asia merupakan syarikat yang menyediakan ekosistem bagi membantu peniaga Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Dengan solusi yang disediakan Commerce.Asia, ianya membantu IKS dalam proses mengadaptasi teknologi ke dalam perniagaan mereka.
Menurut Google & Temasek’s e-Conomy SEA Spotlight, pasaran e-dagang Asia Tenggara dijangka berkembang daripada USD10.9 bilion kepada USD88.1 bilion menjelang 2025.
Pengumpulan dana terpantas
Syarikat: Fundaztic
Jumlah Dana: RM4,000,000
Dalam masa 38 minit sahaja, syarikat ini berjaya meraih sejumlah RM4,000,000 di Pitchin. Apa yang menarik mengenai Fundaztic sehinggu begitu cepat sekali dananya terkumpul?
Fundaztic diasaskan pada Disember 2015. Mereka merupakan salah satu daripada 6 syarikat yang mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti bagi mengendalikan platform pinjaman peer-to-peer (P2P).
Sasaran mereka adalah memudahkan peniaga IKS dan Start-up mendapatkan pinjaman memandang agak sukar bagi kumpulan ini untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Jumlah pinjaman bermula daripada RM20,000 – RM200,000 bagi tempoh masa 3-36 bulan dengan kadar faedah serendah 7%.
Jika anda mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk dikembangkan tetapi mempunyai masalah dari segi modal, Pitchin merupakan platform yang sesuai bagi anda. Apetah lagi jika perniagaan berpotensi dikembangkan ke seluruh Asia Tenggara seperti Commerce.Asia, sudah pasti ramai pelabur yang berminat untuk melabur dalam perniagaan anda.