fbpx

Tarif Air Bakal Meningkat

Oleh : Kapital
10 Januari 2019 - 10:20 am

Reading Time: 1 minute
Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat bagi menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air dan mendapatkan air berkualiti.
Artikel ini kali pertama disiarkan di Bernama.
KUALA LUMPUR: Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

 

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, berkata kenaikan tarif sumber asli terbabit perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri itu dari sudut perkhidmatan.

“Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini malam ini.

 

Beliau berkata kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum ia dilaksanakan.

 

“Kita sudah mengemukakan pelan perniagaan kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang, kerajaan negeri berbincang antara mereka…ada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air,” katanya.

 

Katanya, kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza.

 

Artikel ini kali pertama disiarkan di Bernama.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…