fbpx

TH Selesai Pindah Ekuiti Kurang Untung Ke SPV

Oleh : Kapital
14 Januari 2019 - 2:05 pm

Reading Time: 2 minutes

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian

 

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah selesai memindahkan semua ekuiti yang tidak berprestasi baik kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd setakat 30 Disember 2018.

​​​

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata ​​​​​​​satu sidang media khusus bagi memaklumkan perkembangan usaha itu akan diadakan pada minggu depan.

 

“Satu sidang media akan diadakan minggu depan. Bagi perkara yang membabitkan TH, kita sudah pun memindahkan saham-saham berkenaan,” katanya.

 

Zukri berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai usaha pemindahan itu kepada SPV yang menjadi sebahagian daripada langkah penstrukturan semula​​​​​​​ TH.

 

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang komen bagi pertanyaan menerusi aplikasi Whatsapp jika usaha pemindahan itu turut membabitkan aset-aset hartanah milik TH.

 

Berdasarkan pemerhatian, sekurang-kurangnya 49 syarikat-syarikat senaraian awam telah memberi ‘Notis Orang Yang Terhenti Menjadi Pemegang Syer Substansial’ kepada Bursa Malaysia bermula dari 28 Disember 2018 sehingga kelmarin, susulan pengambilalihan saham-saham terbabit oleh Urusharta Jamaah.

 

Pada sidang media 11 Disember lalu, Zukri berkata TH menyasarkan untuk menyelesaikan langkah pemindahan itu menjelang akhir Disember 2018 yang bertujuan menstabilkan kedudukan kewangan dengan aset mengimbangi liabiliti selain membolehkan TH membayar dividen tahunan bagi tahun kewangan 2018.

 

Secara keseluruhannya, aset-aset bernilai RM19.9 bilion telah dikenal pasti untuk dipindahkan kepada SPV berkenaan yang merangkumi 80 peratus dalam bentuk ekuiti dengan susut nilai melebihi 20 peratus manakala baki dalam bentuk hartanah dengan hasil di bawah dua peratus.

 

Sebagai pertukaran terhadap aset itu, SPV terbabit akan menerbitkan sukuk tujuh tahun bernilai RM10 bilion dan RM9.9 bilion Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam.

 

Menurut Zukri, TH juga berhasrat mengurangkan dedahan ekuitinya kepada 20 peratus berbanding 40 peratus, sebelum ini.

 

Antara syarikat yang terbabit dalam pemindahan saham-saham itu adalah UEM Sunrise Bhd, Boustead Heavy Industries Corporation Bhd, Alam Maritim Resources Bhd, Mah Sing Group Bhd, FGV Holdings Bhd, Brahim’s Holdings Bhd, Puncak Niaga Holdings Bhd, Parkson Holdings Bhd, White Horse Bhd, MCT Bhd MMC Corporation Bhd, Suria Capital Holdings Bhd dan Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd.

 

Setakat ini, TH masih kekal memegang saham utama dalam kaunter-kaunter seperti Tenaga Nasional Bhd, Ranhill Holdings Bhd, Maxis Bhd dan BIMB Holdings Bhd.

 

Seperti diumumkan sebelum ini, pemindahan aset yang tidak berprestasi baik kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan, juga bertujuan untuk menstabilkan kedudukan kewangan TH.

 

TH mencatat liabiliti sebanyak RM74.4 bilion berbanding jumlah aset sebanyak RM70.3 bilion yang menunjukkan defisit RM4.1 bilion setakat 31 Dis, 2017.

 

-BERNAMA

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…