fbpx

Trend Teknologi 2019 Di Asia Tenggara

Oleh : Kauthar Rozmal
09 Januari 2019 - 5:38 pm

Reading Time: 2 minutes

Semakin hari semakin banyak aplikasi teknologi digunakan dalam kehidupan seharian kita. Dahulu jika kita ingin menaiki teksi kita perlu tunggu di stesen bas atau di tepian jalan, tetapi hari ini Grab boleh ditempah melalui telefon peribadi sahaja.

 

Apakah trend teknologi terbaru yang bakal muncul bagi tahun ini?

 

Image result for go jek
Kredit: Vulcan Post

1. Go-Jek dijangka sukar menembusi pasaran luar Indonesia

Semenjak Grab mengambil alih Uber di Asia Tenggara, pengguna masih mencari-cari siapakah pesaing baru bagi memecahkan monopoli Grab yang dilihat semakin hari semakin menekan pengguna.

 

Namun, Go-Jek yang berasal dari Indonesia cuba untuk bersaing dengan Grab di pasaran Asia Tenggara. Setakat hari ini, mereka telah beroperasi di Vietnam, Singapura dan Thailand. Dalam tahun ini juga mereka akan memasuki pasaran Malaysia, Kemboja dan Myanmar. Akan tetapi, bukanlah tugas yang mudah bagi Go-Jek untuk memasuki pasaran diluar Indonesia bagi mengatasi Grab yang sudah bertapak lebih awal.

 

2. Syarikat E-Dagang akan lebih agresif di pasaran offline

Di Asia Tenggara, e-dagang hanya berjaya menembusi 4% sahaja daripada pasaran runcit. Walaupun dari segi kadar pertumbuhan, syarikat-syarikat e-dagang berjaya meningkatkan kadar jualan tahun demi tahun, namun e-dagang masih gagal menguasai pasaran runcit.

 

Hal ini kerana, hanya separuh sahaja daripada penduduk Asia Tenggara yang mempunyai akses kepada internet. Dengan keadaan hari ini di mana semakin ramai peniaga yang memasuki pasaran online, persaingan dijangka semakin sengit.

 

Sebagai contoh, di Indonesia, Bukalapak akan berkerjasama dengan lebih 300,000 kiosk sebagai rakan niaga mereka. Strategi penting bagi menguasai 90% pasaran runcit yang masih belum ditembusi.

 

Image result for the lorry
Kredit: TheLorry

3. Lebih banyak duit akan dilaburkan bagi menambah baik rangkaian logistik

Kenaikan trend e-dagang di Asia Tenggara beberapa tahun kebelakang ini memberi peluang kepada penyedia perkhidmatan logistik untuk mengembangkan perkhidmatan mereka.

Alibaba antara syarikat terawal yang memulakan langkah melabur dalam sektor logistik di Asia Tenggara. Hub logistik pertamanya dibuka di Kuala Lumpur. Selain itu, Alibaba turut melabur dalam Singpost dan dijangka hub logistiknya di Thailand bakal siap tahun ini.

 

4. Fintech, siapa yang bakal bertahan?

Syarikat fintech muncul tumbuh seperti cendawan ketika ini. Antara cabaran terbesar bagi syarikat fintech adalah daripada sudut kawal selia. Di Indonesia terdapat lebih 400 perkhidmatan P2P yang tidak berdaftar dikenal pasti bagi tahun 2018.

 

Hal ini menimbulkan kerisauan kepada pengawal selia. Seperti mana yang kita tahu, bidang kewangan terikat dengan peraturan yang ketat bagi mengelakkan penipuan dan penindasan. Selain itu, kawal selia yang ketat juga mampu membantu dalam mengawal risiko terutama bagi pinjaman.

 

Bagi tahun 2019 ini, bukan soal siapa berkembang lebih pantas, tetapi siapakah yang mampu bertahan. Tanpa kawal selia dan pengawalan risiko yang baik, kemungkinan untuk syarikat fintech gagal lebih tinggi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…