Untung Ke Pelaburan Hartanah Anda?
Dalam pelaburan hartanah, ada dua jenis keuntungan yang kita boleh dapat iaitu keuntungan atas kenaikan harga dan keuntungan melalui aliran tunai (sewa). Jadi sebelum kita mula melabur hartanah, kita perlulah menenal pasti terlebih dahulu jenis keuntungan yang manakah menjadi fokus kita, sama ada aliran tunai atau kenaikan harga?
Kali ini, kita akan membincangkan mengenai keuntungan melalui aliran tunai. Bagaimanakah caranya kita nak memastikan pelaburan hartanah tersebut menguntungkan?
Caranya adalah dengan menggunakan rental yield yang bermaksud pulangan sewaan. Terdapat 4 elemen penting bagi mengira rental yield iaitu:
- Sewa Bulanan
- Sewa Tahunan
- Harga Hartanah
- Pulangan hasil sewaan atau rental yield
Formula bagi mengira rental yield adalah:
(Sewa tahunan/ harga hartanah) x 100 = Rental Yield (dalam bentuk peratus)

Berapa peratus rental yield yang dikatakan menguntungkan?
Dalam apa-apa pelaburan sekali pun, kita akan meletakkan penanda aras bagi menentukan keuntungan berdasarkan pelaburan bebas risiko. Di Malaysia kita akan membandingkannya dengan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Purata pulangan ASB adalah sekitar 6% – 7%. Jika sesuatu pelaburan itu tidak berpotensi memberikan pulangan melebihi ASB, adalah lebih baik jika kita simpan sahaja duit dalam ASB berbanding melabur.
Sekarang ini anda sudah tahu macam mana nak kira rental yield dan berapa peratus rental yield yang menguntungkan, selepas ini boleh la anda membuat analisis terlebih dahulu sebelum membeli hartanah.
Case Study
Di sini kami akan tampilkan satu contoh analisis bagaimana hendak mengenal pasti hartanah tersebut berbaloi atau tidak dijadikan sebagai pelaburan berdasarkan kiraan rental yield.
Nama Pangsapuri: Lagoon Perdana
Keluasan: 992 kaki persegi
Harga: RM220,000 ( sumber: Brickz)
Dengan andaian deposit 10% = RM22,000 maka jumlah pinjaman yang diperlukan adalah RM198,000. Jika kadar faedah pinjaman adalah 4.5% bagi tempoh 35 tahun, bayaran bulanan anda adalah RM937.05.
Melalui hasil tinjauan kami, kadar sewa di Lagoon Perdana adalah seperti berikut:
Berdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat bahawa untuk mendapatkan rental yield setanding pulangan ASB, kita perlu menyewakan rumah tersebut dalam keadaan fully furnished. Jika sekadar sewa rumah kosong sahaja, pulangannya adalah lebih rendah berbanding ASB.
Walaubagaimanapun, kiraan rental yield ini hanyalah kiraan kasar sahaja. Ianya tidak mengambil kira kos-kos lain seperti kos penyelengaraan, fi penyelenggaraan dan cukai-cukai berkaitan hartanah. Namun formula ini sesuai digunakan untuk menyaring pemilihan hartanah anda.