fbpx

Adakah kenaikan gaji anda rendah atau tinggi? Bandingkan dengan Indeks Gaji Kebangsaan

Oleh : Kauthar Rozmal
20 Februari 2019 - 3:56 pm

Reading Time: 2 minutes
  • NWI dibangunkan oleh penyelidik daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
  • NWI merupakan salah satu penunjuk penting kepada keadaan ekonomi sesebuah negara

Satu indeks baru untuk mengukur perubahan gaji dalam pasaran buruh di Malaysia iaitu Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) telah dilancarkan semalam. NWI bakal menjadi panduan kepada majikan dalam menetapkan tahap gaji serta menyelaraskan gaji.

 

“Ia juga membolehkan pekerja dan pencari kerja menjadikannya sebagai penanda aras gaji terhadap trend pasaran buruh yang lebih luas dan menilai perbandingan perubahan gaji dalam laluan kerjaya mereka.” – M Kulasegaran

 

Adakah NWI ini satu perkara baru?

Tidak, idea bagi mewujudkan NWI bukanlah satu perkara yang baharu malahan ia telah dikaji dan dijalankan semenjak September 2016. Namun data ini sedia untuk ditunjukkan kepada orang awam bermula tahun ini.

 

NWI telah dibangunkan oleh penyelidik daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) yang ditubuhkan pada Mei 2012.

 

ILMIA telah mengumpulkan data yang berkaitan sepanjang lapan suku tahunan iaitu antara September 2016 hingga Jun 2018 daripada 3,000 organisasi dalam sektor swasta membabitkan 169 jenis pekerjaan yang mewakili 80 peratus pekerjaan utama di Malaysia.

 

“Ia dipilih secara rawak termasuk daripada sektor perladangan, perlombongan, pentadbiran, perdagangan borong dan runcit, hiburan dan rekreasi, maklumat dan komunikasi serta hartanah.

 

“NWI untuk sektor awam adalah berdasarkan data gaji yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM),” – M Kulasegaran.

 

Negara mana lagi yang mengeluarkan data seperti ini?

Data NWI merupakan salah satu penunjuk penting kepada keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) juga mengeluarkan data gaji di negara mereka.

 

Mereka bukan sahaja mengeluarkan data gaji tahunan atau suku tahunan, malah mereka mengeluarkan data gaji secara bulanan. Begitu juga bagi negara Jepun.

 

M Kulasegaran pada Majlis Pelancaran Indeks Gaji Kebangsaan di Putrajaya, hari ini

 

Mengapa kerajaan memperkenalkan NWI?

Selama ini, data berkaitan gaji atau pendapatan yang ada hanyalah data pendapatan isi rumah yang dibuat 2 tahun sekali sahaja. Antara kekurangan data ini adalah tempoh masa yang terlampau panjang iaitu 2 tahun.

 

Di samping itu, data pendapatan isi rumah tidak berapa tepat kerana tiada pecahan gaji mengikut individu, sebaliknya data sebelum ini mengambil kira pendapatan kesuluruhan isi rumah. Bagaimana untuk membezakan pasangan yang keduanya bekerja atau salah seorang sahaja yang bekerja.

 

Apakah kegunaan NWI?

NWI mampu membantu memberi gambaran yang lebih jelas kepada kerajaan dan penganalisis ekonomi. Dengan data yang lebih menyeluruh, kerajaan mampu menganalisa ekonomi dengan lebih tepat dan membenarkan implementasi polisi yang lebih sesuai.

 

Sebagai contoh, jika data menunjukkan yang gaji sedang meningkat dalam kadar yang tinggi, Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi. Kenaikan gaji bermakna kos perniagaan meningkat dan harga barang juga boleh meningkat.

 

Manakala jika trend gaji menurun, BNM akan menurunkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi. Apabila kadar faedah rendah, syarikat akan lebih berminat untuk membuat pinjaman untuk mengembangkan perniagaan dan secara tidak langsung menambah baik pasaran buruh.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…