fbpx

AES Tidak Jadi Batal, Tambah Lagi Kamera

Oleh : Wan Syarafiz
12 Februari 2019 - 4:58 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Ini adalah untuk mengajar dan mendidik rakyat bagi membanteras kesalahan jalan raya – Anthony Loke
  • 49% kos kamera AES tambahan bakal ditanggung oleh rakyat melalui simpanan KWSP mereka

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tiada sebarang diskaun yang akan diberikan kepada mana-mana notis kompaun yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau mengambil sikap tegas ini atas dasar mahu menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

 

“Kalau pesalah ini nak marah Menteri Pengangkutan, marahlah. I don’t care (saya tidak kisah). Tugas saya adalah mengurangkan kemalangan jalan raya. Ini KPI saya.

 

“Saya akan tetap tegas dan itu adalah dasar yang saya tetapkan dalam Kementerian Pengangkutan. Jadi selepas ini, kalau kena saman JPJ, jangan tunggu diskaun lagi.

 

“Ini adalah untuk mengajar dan mendidik rakyat bagi membanteras kesalahan jalan raya. Penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia kerana jumlah kemalangan jalan raya di negara ini masih tinggi,” ujar Menteri Pengangkutan itu.

 

Notis kompaun yang dinyatakan oleh Anthony Loke ini termasuklah saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ini sebenarnya telah menimbulkan banyak kritikan daripada orang ramai kerana beliau ketika menjadi pembangkang dilihat amat lantang menentang AES.

 

Image result for aes anthony loke
Kredit: Malay Mail

 

Jika kita imbas kembali ketika Pakatan Harapan masih menjadi pembangkang, ramai pimpinan tertinggi mereka seperti Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Khalid Samad menentang AES kerana dikatakan sistem ini hanya membebankan rakyat.

 

Apa yang lebih menarik lagi ialah Anthony Loke kini pula telah membuat kenyataan untuk menambah lagi 11 kamera AES yang akan dipasang oleh pihak PLUS di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS.

 

Apakah kerajaan PH hari ini terlupa bahawa mereka pernah membantah AES?

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dalam kenyataannya menjelaskan beliau dahulunya menentang AES kerana ia diswastakan. Apabila diswastakan ia bermaksud saman yang dikutip itu tidak pergi kepada kerajaan sebaliknya akan pergi kepada syarikat swasta.

 

Sekitar Ogos tahun 2018, Anthony Loke telah memutuskan untuk sistem AES diambil alih sepenuhnya JPJ bermula pada 1 September 2018. Hal ini dikatakan selaras dengan keputusan Kabinet untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat yang mengendalikan sistem berkenaan sebelum ini, ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

 

Pada ketika itu, kerajaan turut membuat keputusan untuk melaksanakan pembayaran balik kepada Tabung Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) secara berperingkat dengan jumlah RM555 juta apabila kerajaan terdahulu disahkan membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES berkenaan menggunakan dana LTAT.

 

Related image
Kredit: Malay Mail

 

Isu berkenaan AES ini juga mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila beliau telah menyatakan penambahan 11 kamera AES yang baru nanti sebenarnya akan ditanggung oleh rakyat.

 

Hal ini kerana kos penambahan 11 kamera ini bakal ditanggung oleh PLUS yang mana kerajaan memiliki saham PLUS sebanyak 51% melalui Khazanah Nasional Berhad. Manakala 49% lagi adalah milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Dalam masa yang sama, ramai juga yang mempersoalkan harga kamera AES yang dianggarkan bernilai RM200,000 setiap satu sedangkan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), kos bagi satu kamera ialah RM170,000.

 

Tidak dapat kita nafikan bahawa AES mempunyai manfaat yang tersendiri dan ia sewajarnya menjadi alat pencegahan terpenting dalam membendung kadar kemalangan jalan raya di Malaysia yang semakin meningkat. Sistem ini bukanlah satu sistem baharu, namun ia telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Singapura.

 

Cuma apa yang membingungkan ialah sikap kerajaan hari ini terhadap isu AES kerana sebelum menjadi kerajaan persekutuan mereka amat menentang sistem ini. Sehinggakan pada tahun 2012 apabila kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mengarahkan penutupan dua kamera AES, ia telah menyebabkan kemera tersebut dimusnahkan oleh orang ramai.

 

Terbaru, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hasanuddin Mohd Yunus pula mengeluarkan kenyataan bahawa pemasangan AES ini adalah menepati maqasid syariah dalam Islam kerana ia bertujuan menjaga nyawa pemandu, penumpang kenderaan, keselamatan pengguna serta harta benda yang ada di atas lebuh raya.

 

Kenapa kenyataan sebegini tidak pula dikeluarkan ketika AES dilaksanakan Barisan Nasional?

 

Namun begitu, apa jua keputusan yang diambil oleh kerajaan, diharapkan dengan pengambilalihan AES oleh JPJ, kita akan dapat melihat keupayaan sistem ini memberi kesan yang lebih menyeluruh dan mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya dalam negara kita.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…