fbpx

Android Box Bakal Diharamkan, Astro Untung Besar

Oleh : Wan Syarafiz
11 Februari 2019 - 4:12 pm

Reading Time: 3 minutes
  • SKMM telah mengambil tindakan terhadap 246 laman strim tidak sah yang menyalurkan kandungan ke Android Box
  • Berdasarkan laporan suku ketiga Astro tahun 2018, hasil pendapatan mereka telah menurun kepada RM1.38 bilion disebabkan penurunan hasil langganan

 

Kerajaan Malaysia dijangka akan mempertimbangkan langkah untuk mengharamkan penjualan Android Box di Malaysia. Ini susulan daripada usaha negara jiran, Singapura yang dilaporkan tidak lama lagi akan meminda Akta Hak Cipta untuk menghalang penjualan Android Box yang membenarkan pengguna menstrim kandungan dari sumber yang tidak dibenarkan.

 

Sebelum itu, mari kita kenali terlebih dahulu apa itu Android Box dan bagaimana ia berfungsi.

 

Nama sebenar bagi ‘box’ ini ialah set-top-box (STB) tetapi kini lebih dikenali sebagai Android Box kerana kebanyakan STB ini menggunakan Android sebagai operating system.

 

Android Box ini merupakan sebuah device yang didatangkan dalam bentuk kotak kecil dan perlu disambungkan kepada TV anda menggunakan kabel HDMI dan juga internet melalui kabel Ethernet atau Wifi. Selepas semua sambungan ini dibuat, pengguna boleh memasang pelbagai aplikasi di Android Box tersebut dan kemudiannya boleh ditonton di TV.

 

Sebagai contoh, aplikasi Youtube boleh dipasang di Android Box dan kemudiannya anda boleh menonton video Youtube secara terus melalui TV anda. Pendek kata, Android Box ini mampu membuatkan TV anda berfungsi seperti Smart TV.

 

Related image

 

Jadi, kenapa nak diharamkan?

 

Perlu diingat Android Box ini berfungsi dengan menawarkan khidmat penstriman video atau apa-apa kandungan. Pengguna boleh menstrim filem, rancangan TV bahkan juga siaran langsung bola sepak dari mana-mana negara sahaja. Dengan akses untuk menonton hiburan tanpa batasan, ia sebenarnya menyebabkan hak cipta sesebuah karya itu telah dilanggar.

 

Situasi ini jelas dapat dilihat di Malaysia, apabila banyak khidmat penstriman rancangan-rancangan Astro ditawarkan melalui aplikasi MyIPTV. Kebiasaannya pengguna perlu membuat sedikit bayaran bagi mendapatkan saluran-saluran Astro ini namun ianya adalah jaub lebih rendah daripada bayaran yang dikenakan pihak Astro.

 

Apabila hal sebegini terjadi, sudah pasti ia menyebabkan perniagaan Astro sedikit sebanyak juga akan terjejas.

 

Menurut Hong Leong IB Research (HLIB) jualan Android Box ini telah menjejaskan pertumbuhan industri penyiaran terutamanya saluran TV berbayar seperti Astro kerana pengguna kini telah ramai beralih kepada Android Box atau juga platform digital lain sama ada ianya sah atau tidak.

 

“Jualan Android Box meningkat secara mendadak dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu yang mana ia menjadi pilihan alternatif streaming yang lebih murah (hanya perlu pembayaran sekali), dengan menggunakan sambungan internet yang laju,” ujar HLIB.

 

Jika dilihat kepada trend langganan Astro kebelakangan ini, ia juga dilaporkan semakin menurun. Berdasarkan laporan suku ketiga Astro tahun 2018, hasil pendapatan mereka telah menurun kepada RM1.38 bilion berbanding RM1.4 bilion sebelumnya susulan daripada penurunan hasil langganan.

 

Seperti yang terjadi di Singapura, hak cipta empat entiti iaitu StarHub, Singtel, Fox Network dan Liga Perdana bola sepak telah dilanggar apabila akses kandungan yang dilindungi telah diambil oleh penyedia perkhidmatan, Synnex Trading dan An-Nahl untuk ditawarkan kepada pengguna Android Box.

 

Related image

 

Namun setakat ini, Android Box masih belum diharamkan penjualannya di Malaysia dan adakah ianya akan diharamkan selepas ini juga masih belum dapat dipastikan.

 

Dalam masa yang sama, terdapat juga pihak yang menyatakan tiada keperluan untuk mengharamkan penjualan Android Box memandangkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun mengambil tindakan terhadap 246 laman strim tidak sah yang menyalurkan kandungan ke Android Box. 246 laman strim ini telah dihalang aksesnya di Malaysia.

 

Pihak Maybank Investment Bank Research dalam analisa ringkas mereka juga menyatakan Android Box ini telah mendatangkan masalah yang besar buat stesen TV berbayar di Singapura dan Malaysia. Sekiranya Android Box ini diharamkan, sudah pasti Astro akan menerima manfaat yang amat besar.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…