fbpx

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Oleh : Kauthar Rozmal
14 Februari 2019 - 12:35 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms
  • 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru

Secara istilah 5G membawa maksud teknologi perhubungan generasi ke 5. Kebanyakan telefon yang digunakan kini menggunakan teknologi 4G yang muncul lebih kurang 8 tahun lepas. Berdasarkan data daripada Open Signal, kelajuan maksimum yang boleh dicapai 4G adalah 16.9 megabits sesaat (Mbps).

 

Sudah pasti 5G menjanjikan internet yang lebih laju, dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat (Gbps). Adakah teknologi baru 5G hanya menjanjikan internet yang lebih laju? Cukup sekadar itu?

 

Selain daripada kelajuan, apa yang hebat mengenai 5G adalah kadar latensinya. Kadar latensi 4G adalah sekitar 9 milliseconds (ms), ini bermaksud jika anda menghantar Whatsapp kepada kawan anda, ia mengambil masa 9 ms untuk sampai kepada kawan anda.

 

Bagi teknologi 5G, kadar latensi bermula serendah 1 ms. Ianya hampir kepada kadar “real time” bermaksud tiada penangguhan. Perkara ini bakal membawa perubahan yang besar kepada dunia teknologi.

 

Secara amnya, 5G akan berjaya menghubungkan alatan pintar seperti drone, televisyen pintar, kereta, robot dan mesin sesame mereka. Lebih banyak perkara boleh dilakukan apabila kesemua mesin dan robot mampu berkomunikasi sesama mereka.

 

Teknologi kereta pandu sendiri misalnya, bayangkan apa yang latensi 1 ms boleh lakukan berbanding 9 ms. Jika tiada lagi “delay” ini bermakna sebarang pelanggaran antara kereta dapat dielakkan dengan menggunakan sensor. Secara tidak lansung kadar kemalangan dapat dikurangkan.

 

 

Selain itu, 5G juga boleh diaplikasikan dalam bidang perubatan. Kini doktor boleh melakukan pembedahan tanpa berada di dalam bilik bedah. Dengan gabungan teknologi robot dan 5G, doktor mampu menjalankan pembedahan merentasi benua.

 

Menurut CTIA – The Wireless Association, 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru dan menyumbang kepada ekonomi berjumlah USD550 bilion.

 

Siapakah yang mendahului teknologi 5G?

Antara isu hangat dalam politik dan ekonomi antarabangsa kini adalah pengharaman teknologi 5G Huawei. Kebanyakan negara menyekatnya atas alasan keselamatan. Mereka menuduh Huawei berkerjasama dengan Kerajaan China untuk mengintip mereka.

 

Baca: Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

 

Bilakah kita dapat merasai teknologi 5G ini? Buat masa kini, kita masih belum pasti sama ada teknologi 5G akan memasuki Malaysia dalam masa terdekat. Antara syarikat yang dikhabarkan sudah bersedia untuk memberikan servis 5G adalah , AT&T, Sprint, T-Mobile dan Verizon Wireless daripada Amerika Syarikat serta ZTE dan Huawei daripada China.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…