fbpx

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Oleh : Wan Syarafiz
14 Februari 2019 - 4:29 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army
  • Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20% hanya dalam tempoh setahun

 

Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei kini berada dalam pemerhatian pelbagai negara dari seluruh pelusuk dunia kerana kerisauan terhadap hubungan rapat syarikat tersebut dengan kerajaan China. Syarikat tersebut kini berhadapan dengan risiko pengharaman jaringan 5G serta disiasat atas faktor keselamatan.

 

Sebelum kita pergi lebih jauh ke dalam topik ini, negara manakah yang mengharamkan atau sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan teknologi Huawei ini?

 

Banyak negara sebenarnya yang sudah mula mengharamkan peralatan dan teknologi Huawei seperti Amerika Syarikat yang telah mengambil langkah mengharamkan penggunaan Huawei dalam kerajaan serta kontraktor kerajaan. Australia dan New Zealand juga tidak membenarkan Huawei membekalkan infrastruktur bagi jaringan 5G di negara mereka.

 

Beberapa negara lain yang masih dalam pertimbangan untuk mengharamkan Huawei pula ialah seperti Kanada dan Jerman. Melalui kenyataan wakil kerajaan, Jerman menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan negara sekiranya membenarkan Huawei memasang jaringan 5G di negara tersebut.

 

Sementara itu, di United Kingdom (UK), menteri pertahanannya menyatakan bahawa pengharaman teknologi 5G Huawei perlu atas alasan keselamatan.

 

Image result for huawei ban
Kredit: The New Daily

 

Kenapa banyak negara ini risau dengan keselamatan negara? Huawei ini mendatangkan bahaya ke?

 

Pengasas bagi syarikat Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army (PLA). PLA ini merupakan pasukan tentera bagi negara Republik China dan ini telah menimbulkan kerisauan adakah tekonologi Huawei digunakan untuk mengintip syarikat dan kerajaan di seluruh dunia.

 

Sebagai rekod, Huawei juga pernah disaman pada tahun 2003 oleh syarikat pembuat hardware dari Amerika Syarikat, Cisco kerana dikatakan mencuri harta intelektual (intellectual property). Namun saman tersebut kemudian digugurkan selepas Huawei mengubahsuai dan menghentikan pengeluaran beberapa produk.

 

Huawei bukan sahaja mendapat tentangan daripada kerajaan pemerintah tetapi juga daripada syarikat swasta telekomunikasi. Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi UK, BT Group telah mengumumkan akan mengeluarkan peralatan Huawei daripada jaringan telekomunikasi mereka serta tidak akan menggunakan teknologi Huawei selepas ini.

 

Syarikat telekomunikasi Perancis, Orange pula memberitahu tidak akan menggunakan peralatan Huawei dalam teknologi jaringan 5G. Syarikat dari Jerman, Deutsche Telekom juga kini sedang mempertimbangkan isu keselamatan dalam penggunaan peralatan Huawei.

 

Apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih tegang ialah CFO Huawei, Meng Wanzhou yang juga merupakan anak kepada pengasas Huawei telah ditahan pada Disember lepas atas tuduhan melanggar sekatan antarabangsa terhadap Iran.

 

Adakah ini semua dilaksanakan kerana Huawei benar-benar mengancam keselamatan negara lain atau hanyalah sebagai propaganda untuk menyekat kuasa ekonomi China?

 

Image result for huawei china
Kredit: CNet

 

Dalam ketegangan perang dagangan antara Amerika Syarikat-China serta penahanan CFO Huawei, ia sebenarnya telah mendatangkan kesan buruk kepada produk Apple. Jenama Apple telah diboikot oleh rakyat China sehingga menyebabkan jualan mereka jatuh teruk. Dilaporkan pada Disember 2018, jualan iPhone telah menurun sebanyak 20% hanya dalam tempoh setahun. Dalam masa yang sama juga, jualan smartphone Huawei pula telah meningkat sebanyak 23%.

 

Pada tahun lepas juga, buat pertama kalinya Huawei memotong jenama Apple daripada segi pegangan pasaran (market share). Setakat suku ketiga 2018, Samsung berada di tangga pertama dengan 20.3% pegangan pasaran, Huawei 14.6%, Apple 13.2% dan Xiaomi 9.7%.

 

Berbalik kepada isu pengharaman Huawei, apakah pula pendirian Malaysia?

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyatakan Malaysia akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mengharamkannya kerana tidak hanya mahu mengikut apa yang dilakukan oleh negara lain.

 

Pada pandangan Tun Daim Zainuddin pula, beliau memberitahu penggunaan teknologi boleh meningkatkan produktiviti tetapi juga boleh disalah guna bagi mencuri maklumat sesebuah negara sehingga mengancam keselamatan negara tersebut.

 

Namun sehingga hari ini, masih tiada sebarang keputusan yang diambil dan kerajaan juga masih belum menjumpai sebarang bukti yang menyatakan Huawei melakukan aktiviti pengintipan di negara kita.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…