fbpx

Apa yang kita boleh belajar daripada US Government Shutdown?

Oleh : Kauthar Rozmal
07 Februari 2019 - 6:09 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Kerajaan AS telah ditutup sebanyak 31 kali semenjak 1981
  • 9 jabatan dan agensi kerajaan terpaksa ditutup

Pertelingkahan tentang pembinaan tembok Mexico-AS telah menyebabkan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) kali ini adalah yang terpanjang dalam sejarah pentadbiran AS.

 

Kenapa berlakunya penutupan kerajaan?

Kerajaan AS beroperasi di atas peruntukan yang diluluskan oleh Kongres dan ditanda tangani oleh Presiden. Tetapi oleh kerana pihak Kongres tidak mahu meluluskan peruntukan bagi pembinaan tembok Mexico-AS, maka peruntukan bajet kerajaan secara kesuluruhannya tidak diluluskan. Ekoran daripada tindakan ini, kerajaan tidak mempunyai bajet untuk beroperasi dan terpaksa ditutup.

 

Adakah keseluruhan kerajaan ditutup?

9 jabatan dan agensi kerajaan seperti Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti telah pun ditutup semenjak 22 Disember ekoran kehabisan dana untuk beroperasi.

 

Dalam pada itu, Jabatan Pertahanan mendapat peruntukan setelah Kongres dan Trump telah mencapai persetujuan bagi peruntukan kepada Jabatan ini. Bagi mana-mana jabatan yang ditutup, mereka dipaksa bercuti tanpa gaji, malah ada yang lebih teruk lagi di mana-mana sesetengah penjawat awam terpaksa bekerja tanpa gaji.

 

Apakah kesan daripada penutupan ini?

Pentadbiran Makanan dan Dadah tidak mampu untuk menjalankan rutin pemeriksaan kualiti makanan dan berkumngkinan kehabisan dana bagi kajian semula dadah/ubat yang baru. Pihak SEC pula tidak boleh meluluskan penyenaraian awam (IPO) yang baru.

 

Selain itu, penutupan ini turut memberikan kesan kepada industri dan ekonomi. Syarikat penerbangan contohnya tidak boleh mengembangkan perniagaan mereka ekoran tiada kelulusan.

 

Di taman-taman awam pula, sampah sarap semakin banyak kerana ketiadaan pekerja untuk membersihkannya.

 

Baca: Kerajaan Amerika Syarikat Ditutup?

Adakah penjawat awam akan dibayar gaji kemudiannya?

Ya, mana-mana penjawat awam yang bekerja akan dibayar semula gajinya apabila kerajaan dibuka semula.

 

Apakah kesan penutupan ini terhadap ekonomi AS?

Menurut Penasihat Ekonomi White House, Kevin Hasset, penutupan ini mengurangkan keluaran ekonomi AS sebanyak 0.13 peratus bagi setiap 2 minggu penutupan. Selain itu menurut JP Morgan, ekonomi AS kehilangan RM1.5 bilion seminggu ekoran penutupan kerajaan ini. Fitch Ratings pula memberi amaran lanjutan penutupan ini bakal menyebabkan taraf kredit AS akan diturunkan.

 

Adakah ini kali pertama kerajaan AS ditutup?

Semenjak tahun 1981, kerajaan AS telah ditutup sebanyak 31 kali. Berikut merupakan sejarah penutupan kerajaan sebelum ini:

 

1. Presiden Trump (Republican):

Februari 2018: Sehari

Januari 2018: 3 Hari

 

2. Presiden Barack Obama (Democrat):

Oktober 2013: 16 hari

 

3. Presiden Bill Clinton (Democrat):

Disember 1995 – Januar1 1996: 21 hari

November 1995: 5 hari

 

4. Presiden George HW Bush (Republican):

Oktober 1990: 3 hari

 

5. Presiden Ronald Reagan (Republican):

Disember 1987: 1 hari

Oktober 1986: 1 hari

Oktober 1984: 1 hari

September – Oktober 1984: 2 hari

November 1983: 3 hari

Disember 1982: 3 hari

September – Oktober 1982: 1 hari

November 1981: 2 hari

 

6. Presiden Jimmy Carter (Democrat):

September – Oktober 1979: 11 hari

September – Oktober 1978: 18 hari

November – December 1977: 8 hari

Oktober – November 1977: 8 hari

September – Oktober 1977: 12 hari

 

7. Presiden Gerald Ford (Republican):

September – Oktober 1976: 10 hari

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…