fbpx

Apple Bakal Merisik Tesla

Oleh : Kapital
21 Februari 2019 - 3:57 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Nilai wang tunai yang dimiliki Apple pada suku pertama 2019 berjumlah sebanyak USD245 bilion
  • Apple kini sedang menjalankan projek kereta elektrik mereka yang dinamakan sebagai “Titan”

 

Melihat kepada harga saham syarikat pembuat kereta elektrik, Tesla yang tidak menentu seperti “roller-coaster” disebabkan oleh pengeluaran kereta sedan Model 3 serta beberapa kontroversi yang menimpa CEO dan Pengasas, Elon Musk, kini timbul cadangan oleh beberapa penganalisa dan pelabur supaya Apple menyelamatkan Tesla.

 

Langkah ini dikatakan bukan hanya akan menguntungkan Tesla, malahan Apple juga akan menerima manfaatnya dalam jangka masa panjang.

 

Pada tahun lepas, Elon Musk telah memberikan isyarat awal beliau kini dalam pertimbangan untuk mengambil alih Tesla secara “private” dengan membeli saham Tesla pada harga USD420 bagi satu saham. Menurut Elon Musk lagi, dia telah berjaya mendapatkan dana bagi pengambil alihan ini dan menyatakan beliau telah didatangi oleh Saudi Public Investment Fund beberapa kali untuk berbincang berkenaan potensi perjanjian.

 

Image result for elon musk
Kredit: Axios

 

Baru-baru ini, Apple telah mengumumkan bahawa nilai wang tunai (cash on hand) yang dimiliki mereka adalah berjumlah sebanyak USD245 bilion pada suku pertama 2019. Jumlah ini telah meningkat sebanyak 3% berbanding suku tahun sebelum ini dengan nilai USD237.1 bilion.

 

Di samping itu, Apple juga kini sedang menjalankan projek kereta elektrik mereka yang dinamakan sebagai “Titan”. Dengan kekuatan nilai wang tunai yang dimiliki serta projek Titan yang mahu dijalankan oleh Apple, pengambil alihan Tesla dijangka akan memberi keuntungan kepada Apple.

 

Menurut CEO Gerber Kawasaki, Ross Gerber, Apple kini seolah-olah sudah jauh ketinggalan daripada segi inovasi. Beliau juga menyatakan ketidakpastian ke manakah arah tuju Apple dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

 

Setakat ini, projek Titan dilihat seperti statik sahaja dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Jadi, dengan kehadiran Tesla, sudah pasti ia akan dapat membantu Apple dalam projek kereta elektrik mereka.

 

Bukan itu sahaja, sekiranya perjanjian pembelian Tesla oleh Apple ini menjadi kenyataan, ia adalah peluang yang amat besar buat Apple untuk meletakkan sistem operasi mereka, iOS dan juga App Store dalam kereta yang dihasilkan oleh Tesla.

 

Image result for apple store
Kredit: How-To-Geek

 

Dalam masa yang sama, Tesla bukanlah satu-satunya syarikat yang menerima spekulasi akan dibeli oleh Apple. Penganalisa JP Morgan, Samik Chatterjee dan Pengarah Urusan Kajian Ekuiti Wedbush, Daniel Ives sebelum ini menyatakan Apple sepatutnya membeli syarikat Netflix.

 

Daniel Ives memberitahu Apple kini sedang menghadapi “zaman kegelapan” dan kesilapan terbesar Apple di bawah pengurusan CEO Tim Cook adalah tidak membeli Netflix.

 

Apple dilaporkan kini dalam perancangan untuk melancarkan “streaming service” mereka sendiri pada bulan April akan datang. Menurut Samik Chatterjee pula, Netflix merupakan penyedia content paling bersesuaian untuk Apple dan sekiranya Apple mengambil keputusan untuk membeli Netflix ia adalah amat tepat kerana Netflix merupakan “the most successful player” dalam bidang mereka.

 

Sumber: CNBC, Investopedia

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…