Buffet Membeli Saham Bernilai USD114.75 Ketika Berusia 11 Tahun, Berapakah Nilai Saham Itu Kini?
Nama Warren Buffet memang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan. Dengan nilai aset bersih berjumlah USD84.2 bilion, beliau merupaka orang ketiga terkaya di dunia. Penglibatan beliau dalam pelaburan saham bermula seawall 8 dekad yang lalu.
“Tahunnya adalah 1942, saya berumur 11 tahun, dan saya laburkan semua duit yang saya ada berjumlah USD114.75 yang dikumpul semenjak usia 6 tahun.” Buffet menulis dalam amanat tahunnya kepada pemilik saham. “Apa yang saya beli adalah 3 unit saham Cities Service. Saya telah menjadi kapitalis dan saya berasa bagus”
Cities Service merupakan syarikat gas asli yang ditubuhkan pada 1910, tetapi syarikat tersebut tidak lagi wujud pada hari ini. Buffet mengira berapakah hasil yang diperolehinya hari ini. jika beliau melaburkan kesemua duit tersebut ke dalam dana indeks S&P 500.
Baca: Saham Nike Jatuh Kerana Satu Perlawanan Bola Keranjang Ini
Baca: Saham Jatuh, Harga Emas Dijangka Melonjak
Dalam amanatnya, Buffet menyatakan USD111.75 tersebut bernilai USD606,811 pada 31 Januari 2019.
“Pelaburan berjumlah USD1 juta pada waktu itu pula akan membuahkan hasil berjumlah USD5.3 bilion hari ini” Buffet
Andai kata jika Buffet tidak melaburkan duitnya ke dalam saham kerana takut kepada risiko dan melabur ke dalam emas, ianya mungkin bernilai jauh lebih rendah berbanding pelaburan saham.
“Untuk ‘melindungi’ diri anda, anda mungkin mengelak daripada pelaburan saham dan memilih untuk membeli emas, USD114.75 membolehkan anda membeli emas sebanyak 92 gram. Apakah nilai emas tersebut pada hari ini? Ianya bernilai USD4,200 sahaja” Buffet
Adakah anda merasakan emas merupaka satu pelaburan yang baik?
Pengiraan ini adalah demonstrasi kepada pertumbuhan jangka masa panjang ekonomi Amerika Syarikat. Kesemua syarikat yang berkembang di AS adalah hasil daripada ekonomi AS yang berkembang pesat.
“Saya dan Charlie Munger dengan gembiranya mengakui bahawa kebanyakan kejayaan Berkshire adalah daripada satu produk yang dikenali sebagai The American Tailwind. Ianya lebih tinggi daripada bongkak kepada sesiapa yang mengaku kejayaannya adalah hasil usaha seorang sahaja.”