fbpx

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Oleh : Kauthar Rozmal
15 Februari 2019 - 5:41 pm

Reading Time: 2 minutes

Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat dan juga ‘cashback‘ daripada pihak pemaju. Tapi adakah anda tahu perbezaan bagi setiap tawaran ini? Nampak macam sama sahaja kan, tapi sebenarnya setiap tawaran itu berbeza.

 

Mari kita kenali definisi bagi setiap tawaran tersebut.

 

1. Diskaun

Rasanya rasa yang sudah faham apa itu diskaun. Kalau pemaju beri diskaun 10%, itu bermakna harga rumah tersebut dijual pada harga 10% lebih murah. Sama sahaja seperti diskaun-diskaun yang anda sering lihat di Lazada dan pusat membeli-belah.

 

Contoh:

Harga rumah: RM500,000

Diskaun : 10% = RM50,000

Harga SPA = RM500,000 – RM50,000 = RM450,000

Jumlah pinjaman : 90% x RM450,000 = RM405,000

 

Image result for property show malaysia

2. Rebat

Anda biasa atau tidak jumpa pemaju tawarkan pembelian rumah tanpa deposit? Macam mana pula tu?

 

Kita ambil contoh yang sama dengan contoh di atas, rumah dijual pada harga RM500,000 dan pemaju menawarkan rebat sebanyak 10%. Secara umumnya harga rumah tersebut dijual pada harga RM450,000 setelah ditolak rebat 10%, tetapi terdapat sedikit ‘twist’ di mana harga yang diletakkan dalam SPA adalah pada harga asal.

 

Makanya, jumlah pinjaman anda adalah berdasarkan harga RM500,000. Jika anda pinjam 90% daripada harga rumah, maka jumlah pinjaman anda adalah RM450,000. Jadi anda tidak perlu membayar sebarang deposit kerana pinjaman diberikan adalah bersamaan dengan harga yang dijual oleh pemaju selepas rebat, cuma dalam perjanjian jual beli (SPA), harga rumah tersebut dijual pada harga RM500,000.

 

Contoh:

Harga rumah: RM500,000

Rebat : 10% = RM50,000

Harga SPA = RM500,000 (Harga rumah sebelum tolak rebat)

Jumlah pinjaman : 90% x RM500,000 = RM450,000

Harga rumah selepas rebat : RM450,000

 

Image result for property show malaysia

3. “Cashback”

Secara teknikalnya, mekanisme “cashback” adalah sama dengan rebat. Tetapi perbezaannya adalah pada jumlah rebatnya. Kebiasaanya pemaju akan meletakkan tawaran seperti berikut : Rebat 10% + “Cashback” 5%.

 

10% rebat tersebut akan digunakan sebagai deposit rumah manakala 5% “cashback” akan dapat kepada pembeli dalam bentuk tunai. Bahasa mudahnya pemaju menjual rumah 15% lebih murah daripada harga asal namun dalam SPA harga jualan masih kekal pada RM500,000.

 

Harga rumah: RM500,000

Rebat : 10% = RM50,000

Harga SPA = RM500,000 (Harga rumah sebelum tolak rebat dan “cashback”)

Jumlah pinjaman : 90% x RM500,000 = RM450,000

“Cashback” : 5% = RM25,000

Harga rumah selepas rebat dan “cashback” : RM425,000

 

Nampak tak jumlah pinjaman lebih tinggi daripada harga rumah selepas rebat dan “cashback”, jadi baki tersebut akan masuk kepada akaun peribadi anda. Terpulanglah kepada anda hendak menggunakan tunai tersebut untuk beli perabot atau “renovate” rumah.

 

Tapi harus diingat bahawa “cashback” tersebut bukanlah duit percuma. Ia termasuk dalam pinjaman. Secara teknikalnya tunai tersebut adalah sebuah pinjaman. Jadi harus diingatkan kepada pembeli untuk membuat kira-kira dengan lebih terperinci terlebih dahulu atau dapatkan khidmat daripada mereka yang pakar sebelum membuat sebarang keputusan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…