fbpx

Ekonomi Amerika Bakal ‘Demam’ Kerana Polar Vortex

Oleh : Kauthar Rozmal
12 Februari 2019 - 6:20 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Pada tahun 2014, Polar Vortex menyebabkan ekonomi AS kehilangan USD5 bilion
  • Ribuan perjalanan penerbangan ditangguh dan dibatalkan

Amerika Syarikat dijangkan bakal ditimpa satu bencana yang dinamakan Polar Vortex. Apakah fenomena Polar Vortex?

 

Polar Vortex sebenarnya adalah satu fenomena atmosfera bermusim, di mana keadaan anginnya sangat kuat dan berada di peringkat tinggi, dikenali sebagai jet streams, yang mengelilingi udara sejuk daripada kutub Artik.

 

Macam terlampau kompleks pula kan. Bahasa mudahnya adalah keadaan cuaca yang terlampau sejuk sehinggakan ianya mampu membunuh jika berada di luar rumah tanpa sebarang perlindungan.

 

Misalnya pada tahun 2014, sesetengah tempah di AS seperti Midwest dan Timur Laut dilanda kesejukan yang melampau sehingga mencecah -51 darjah Celsius. Kali ini, AS dijangka akan dilanda Polar Vortex apabila sesetengah kawasan di sana suhunya sudah mencecah serendah -18 darjah Celcius.

 

Baca: Kerajaan Amerika Syarikat Ditutup?

Kesejukan ini bukan sahaja memberikan kesan lansung kepada penduduk malah turut memberi kesan terhadap ekonomi AS. Sekarang, mari kita lihat pula kesannya terhadap ekonomi AS.

 

Lepas satu, satu lagi cabaran yang datang. Sebelum ini Government Shutdown, kini Polar Vortex, kedua-duanya memberikan kesan buruk kepada ekonomi. Menurut Financial Times, pekedai runcit dan restoran menanggung kerugian hampir USD1 bilion kerana kedai tidak boleh dibuka dalam keadaan cuaca sebegini.

 

 

Sekurang-kurangnya 12 orang telah terkorban ekoran Polar Vortex menurut Reuters. Selain itu, cuaca sejuk melampau turut memberi kesan kepada pengangkutan awam. Ribuan perjalanan penerbangan telah ditangguh atau dibatalkan, manakala laluan kereta api terpaksa ditutup di sesetengah tempat.

 

Di Wisconsin and Minnesota pula, sekolah telah pun ditutup bagi menjaga keselamatan pelajar. Di sesetengah kawasan yang lain pula dilaporkan terputus sumber eletrik dan air.

 

Sebuah kumpulan penganalisa perdagangan, Panjiva Research, melaporkan bahawa aktiviti perdagangan yang terganggu di bahagian barat tengah AS bakal memberikan kesan rantaian kepada rantaian bekalan di AS.

 

Walaubagaimanapun, Polar Vortex dijangka tidaklah seteruk seperti mana 2014 dahulu. Dijangkan kesannya terhadap ekonomi lebih rendah berbanding USD5 bilion 5 tahun lalu.

 

Namun jika keadaan cuaca tidak beransur pulih dan bertambah teruk, sudah pasti ianya memberikan kesan yang teruk kepada ekonomi. Kesan rantaiannya sangat besar.

 

Contoh mudah, orang tidak boleh keluar rumah untuk bekerja, maka sesetangah syarikat terpaksa ditutup sementara. Jumlah jualan juga bakal menurun kerana orang ramai tidak boleh keluar untuk membeli belah.

 

Sementara itu, ada beberapa sektor perniagaan yang mendapat manfaat daripada bencana ini. Pengilang atau penjual barangan musim sejuk akan meningkat hasil jualannya. Begitu juga dengan syarikat yang menyediakan servis penghantaran makanan.

 

Rujukan: Financial Times

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…