fbpx

Hospital Kerajaan Bakal Jadi Milik Pelabur?

Oleh : Kapital
20 Februari 2019 - 5:54 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Konsep REIT adalah lebih kurang sama dengan konsep saham amanah dengan duit pelabur dilaburkan dalam pasaran hartanah.
  • REIT untuk bangunan hospital kerajaan telah diusulkan bagi mendapatkan dana tambahan RM3 bilion

 

Ramai orang di Malaysia sebenarnya berminat untuk membuat pelaburan dalam hartanah namun apabila sebut sahaja tentang pelaburan hartanah, kebiasaannya orang hanya akan membayangkan mereka perlu beli rumah atau tanah untuk memulakan pelaburan.

 

Ya, benar. Melalui pembelian ini anda akan memiliki hartanah tersebut secara terus. Sebagai contoh, jika anda memiliki rumah dan menyewakan rumah tersebut, anda akan mendapat pulangan melalui hasil sewaan. Bukan itu sahaja, harga rumah tersebut juga akan meningkat di masa hadapan dan anda akan untung lebih banyak.

 

Namun begitu, melihat kepada situasi hari ini, dengan ekonomi yang tidak menentu serta kuasa pembeli yang boleh disifatkan rendah, harga rumah di Malaysia banyak juga yang mengalami penurunan kerana faktor permintaan yang semakin menurun.

 

Sebenarnya terdapat satu lagi jenis pelaburan dalam hartanah yang kurang didedahkan kepada orang ramai. Malahan, modal untuk pelaburan ini juga adalah jauh lebih rendah berbanding daripada konsep tradisional pelaburan yang memerlukan anda membeli hartanah tersebut dengan modal yang besar.

 

Pelaburan hartanah yang dimaksudkan ini ialah Amanah Pelaburan Hartanah (REIT). Jadi, apa itu REIT?

 

Konsep REIT lebih kurang sama dengan konsep saham amanah (unit trust). Melalui saham amanah, duit pelabur dikumpulkan dan dilaburkan dalam pasaran saham dan bon/sukuk. Berbeza dengan REIT, duit pelabur dilaburkan dalam pasaran hartanah.

 

Image result for apa itu reit

 

Portfolio REIT boleh mengandungi beberapa jenis hartanah seperti pusat membeli belah, kedai runcit, rumah kedai dan hospital. Yang terbaru kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan REIT lapangan terbang pula, ianya merupakan REIT lapangan terbang yang pertama di dunia.

 

REIT ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak 1960an lagi tetapi hanya mula memasuki Malaysia pada tahun 2005. Daripada sudut pulangan pula, pelaburan REIT ini dikatakan boleh memberi pulangan sekitar 6% hingga 8% setahun.

 

Pelabur mendapat keuntungan melalui kenaikan harga hartanah itu sendiri dan juga melalui dividen. Dari mana dividen ini datang? Dividen ini adalah dijana melalui keuntungan hasil menyewakan hartanah tersebut.

 

Sebagai contoh, di bawah KLCC REIT, terdapat beberapa hartanah yang diuruskan seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Exxon Mobil. Hartanah ini kemudiannya disewakan pula kepada pihak lain untuk dijadikan sebagai pejabat, restoran dan sebagainya. Keuntungan daripada sewaan ini kemudiannya diagihkan kepada para pelabur berdasarkan jumlah yang telah dilaburkan.

 

 

Jika anda mengkuti perkembangan semasa, baru-baru ini tercetus isu di sosial media berkenaan pelaburan REIT yang ditentang oleh ramai pihak juga. Kenapa?

 

Ia sebenarnya bermula susulan daripada cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly yang mencadangkan mahu membawa model pelaburan REIT ini bagi bangunan hospital kerajaan untuk mendapatkan dana tambahan RM3 bilion dan tidak lagi bergantung kepada belanjawan tahunan kerajaan sahaja.

 

Apa yang menjadi kerisauan orang ramai ialah berkenaan dividen yang perlu dibayar kepada pelabur REIT bangunan hospital ini nanti. Seperti yang diterangkan, dividen ini adalah datang daripada keuntungan hasil sewaan. Jadi siapa pula yang mahu membayar sewa? Adakah kos sewaan ini akan akan dipindahkan kepada pesakit dan meningkatkan lagi kos rawatan? Akhirnya, pesakit juga akan terbeban.

 

Jadi, rakyat sebenarnya bukan menentang konsep pelaburan REIT ini, tetapi mereka menentang sekiranya ia dilaksanakan di hospital yang mungkin akan menyebabkan kos rawatan menjadi lebih mahal.

 

Secara keseluruhan, pelaburan REIT ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai pelaburan yang baik dan mampu memberikan pilihan kepada orang ramai untuk melabur dalam hartanah dengan modal yang lebih rendah. Namun, daripada satu sudut, kerajaan juga harus memikirkan kesesuaian hartanah atau bangunan tersebut lebih-lebih lagi jika ianya berkait rapat dengan kepentingan rakyat kerana kebajikan rakyat perlulah sentiasa menjadi keutamaan kepada mana-mana kerajaan yang menjadi pemerintah.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…