fbpx

Inisiatif Kerajaan Bantu Pemilikan Rumah

Oleh : Kapital
13 Februari 2019 - 5:51 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pengecualian duti setem 100% bagi pembelian rumah pertama
  • Rumah yang dijual di Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kerjasama REHDA dan KPKT bakal terima diskaun minimum 10%

 

Melihat kepada landskap hartanah di Malaysia pada hari ini, bilangan unit rumah tidak terjual dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC), jumlah keseluruhan unit kediaman yang sudah siap tetapi tidak terjual kini mencecah nilai tertinggi RM19.54 bilion.

 

Pada suku ketiga tahun 2018, unit kediaman tidak terjual yang direkodkan berjumlah sebanyak 30,115 unit. Pada tempoh yang sama tahun 2017 pula, unit kediaman tidak terjual mencatatkan jumlah 20,304 unit. Ini bermakna unit kediaman tidak terjual meningkat sebanyak 48.35% hanya dalam tempoh setahun.

 

Pendek kata, pihak pemaju kini sedang ‘pening kepala’ kerana banyak rumah yang sudah disiapkan mereka namun masih belum berjaya dijual.

 

Jika dilihat kepada situasi pasaran hartanah ini, faktor yang dilihat menjadi penyumbang peratusan pemilikan rumah masih berada pada tahap rendah ini adalah kerana harga rumah itu sendiri yang dikatakan adalah jauh di luar kemampuan.

 

Kerajaan sebaliknya tidak lah menutup sebelah mata sahaja berkenaan isu ini dan telah bertindak menjalankan beberapa inisiatif bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah ini. Apakah inisiatif-inisiatif tersebut?

 

Pengecualian SST, Diskaun Rumah Sehingga 10%

 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebelum ini di bawah cukai GST, sektor pembinaan dikenakan cukai 6% termasuk menyewa dan bil utility dalam sektor komersial dan industri.

 

Lim Guan Eng dengan tegas menyatakan beliau mahu melihat harga rumah diturunkan. Sekiranya harga rumah masih kekal, beliau akan mempertimbangkan semula untuk menarik pengecualian cukai SST ini.

 

Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menganggarkan harga rumah akan turun antara 5% hingga 10% selepas bahan binaan asas dikecualikan daripada SST.

 

Kadar Baru Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah memperkemas CKHT ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan seterusnya:

  • Syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 5% kepada 10%
  • Individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 0% kepada 5%
  • CKHT dikecualikan untuk harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik di bawah RM200,000

 

Secara asasnya, CKHT ini dikenakan ke atas untung bersih yang didapati daripada hasil penjualan sesuatu hartanah. Sekiranya hartanah tersebut dijual lebih rendah daripada harga asal, maka CKHT tidak akan dikenakan.

 

Melihat kepada kadar baru CKHT yang diumumkan kerajaan ini, kita dapat menjangkakan ini sebenarnya adalah langkah untuk menggalakkan penjualan unit hartanah “underconstruction” daripada pihak pemaju.

 

Ini kerana, apabila kadar CKHT telah menaik, kemungkinan akan berlakunya kekurangan bekalan rumah “subsale” dalam pasaran hartanah.

 

Pengecualian Duti Setem Ringankan Beban Pembeli Rumah Pertama

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah bersetuju untuk memberi pengecualian duti setem 100% bagi surat cara pindah milik harta dan surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama.

 

Untuk pembelian rumah pertama, rumah yang berharga sehingga RM300,000 akan mendapat pengecualian penuh bagi duti setem surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman. Manakala rumah yang berharga melebihi RM300,000 hingga RM500,000 pula akan mendapat penegcualian duti setem bagi RM300,000 pertama rumah tersebut.

 

Untuk rumah yang berharga di antara RM300,001 hingga RM1 juta yang dibeli daripada pemaju perumahan pula akan mendapat pengecualian duti setem surat cara pindah milik dengan tempoh jual beli itu dilaksanakan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2019.

 

Kempen Pemilikan Rumah (HOC) Bermula Januari Hingga Jun 2019

 

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dengan kerjasama KPKT akan menganjurkan ekspo hartanah secara besar-besaran dalam tempoh enam bulan HOC ini bagi menjual lebih 22,000 unit rumah tidak terjual.

 

Ekspo yang akan dijalankan di seluruh negara ini akan disertai lebih 100 pemaju dengan anggaran nilai hartanah keseluruhan bernilai sekitar RM5 bilion.

 

Menurut Lim Guan Eng, pihak pemaju telah bersetuju untuk memberi diskaun sekurang-kurangnya 10% semasa tempoh HOC ini. Beliau juga menaruh harapan supaya pihak pemaju dapat meningkatkan lagi diskaun harga rumah kepada 15% hingga 20% untuk menarik lebih banyak pembeli.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…