fbpx

Kenapa Dividen Simpanan KWSP Syariah Lebih Rendah

Oleh : Kauthar Rozmal
18 Februari 2019 - 5:36 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Dividen kali ini merupakan kali kedua semenjak Simpanan Syariah dilancarkan
  • RM4.52 bilion pendapatan bagi simpanan syariah datang daripada ekuiti patuh syariah

Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2018 adalah 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan 5.90% bagi Simpanan Syariah. Ini merupakan dividen kedua bagi simpanan syariah semenjak ia dilancarkan pada Ogos 2016.

 

Sejumlah RM100 bilion diperuntukkan bagi permulaan kepada simpanan syariah. Walaupun ianya dana yang baru, namun KWSP telah mempunyai pengalaman dalam pelaburan syariah. Penglibatan KWSP dalam pelaburan syariah bukanlah perkara yang baru kerana lebih 45% pelaburannya adalah dalam aset patuh syariah.

 

Jika dibandingkan dengan prestasi dividen KWSP bagi tahun 2017 pula, dividen Simpanan Syariah adalah 6.40%, lebih rendah berbanding dividen Simpanan Konvensional pada paras 6.90%.

 

Kenapa dividen syariah lebih rendah?

Sebahagian besar daripada portfolio pelaburan KWSP adalah dalam ekuiti. Pada tahun 2018, RM4.52 bilion pendapatan bagi simpanan syariah datang daripada ekuiti patuh syariah. Namun, menurut KWSP, dividen yang rendah bagi simpanan syariah adalah kerana kejatuhan beberapa sektor seperti telekomunikasi, pembinaan serta minyak dan gas.

 

Image result for kaunter saham

 

Pemberian dividen KWSP atas paras 6% dikira sebagai tinggi jika dibandingkan dengan prestasi KLCI yang kurang memberansangkan. Indeks KLCI jatuh hampir 6% pada tahun lalu.

 

Untuk memahami mengapa dividen syariah lebih rendah, kita perlu faham bagaimana proses bagi sesebuah saham menjadi patuh Syariah.

 

Sebelum sesebuah saham menjadi patuh Syariah, syarikat tersebut perlu melalui proses penapisan yang agak ketat di bawah Majlis Penasihat Syariah (MPS). Antaranya akan dinilai dari sudut hutang dan kemudahan kewangan syarikat, adakah syarikat ini menggunakan bank konvensional atau islamik? Di bawah MPS, syarikat patuh Syariah tidak boleh mempunyai simpanan di bank konvensional melebihi 33%.

 

Selain itu, syarikat tersebut tidak boleh menjalankan perniagaan yang haram seperti perbankan konvensional, insurans konvensional, perjudian, minuman keras dan segala aktiviti berkaitan dengannya, daging khinzir dan segala aktiviti berkaitan dengannya, makanan dan minuman yang tidak halal serta aktiviti hiburan yang tidak patuh syariah.

 

“Saham patuh Syariah kebiasaannya dipilih melalui satu proses yang sangat ketat di mana ia mengambil kira kedudukan kewangan syarikat. Oleh itu, mereka dilihat sebagai lebih defensif. Wajaran dalam indeks shariah di seluruh dunia adalah cenderung kepada telekomunikasi, utiliti dan perladangan – sektor yang dianggap lebih defensif” – Akmal Hassan Pengarah Urusan  Islamic Investment Management Sdn Bhd.

 

Baca: Strategi Pelaburan KWSP Menghasilkan Pulangan Baik – Bank Dunia

Syarat-syarat yang ketat ini menyebabkan jumlah saham yang boleh dibeli terhad. Jadi dana yang patuh syariah tidak mempunyai peluang untuk melabur di syarikat yang berpontesi memberikan keuntungan besar seperti Genting dan Berjaya Sports Toto. Di Bursa Malaysia, 76% daripada 902 syarikat adalah patuh Syariah.

 

Kesimpulannya sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mengutamakan yang halal. Kalau dalam hal ehwal makanan kita begitu teliti bab halal haramnya, begitu juga lah dengan simpanan. Daripada hasil simpanan tersebut juga akan menjadi sumber darah daging.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…