fbpx

Kualiti Hidup Penduduk PPR Fokus Utama Dasar Komuniti Negara

Oleh : Kapital
18 Februari 2019 - 7:29 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Lapan kluster menjadi tunjang utama Dasar Komuniti Negara
  • Memperkasakan komuniti tempatan serta menggalakkan lagi rakyat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkomuniti

 

Pembentukan komuniti yang berdaya saing serta memiliki perasaan kebersatuan menjadi tunjang utama dalam Dasar Komuniti Negara (DKN) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

 

DKN ini digubal oleh Kementerian Kerajaan dan Perumahan Tempatan (KPKT) sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Perumahan Negara 2.0 untuk menambah baik kualiti hidup penduduk yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, di bawah DKN ini, kerajaan mahu komuniti yang mengambil berat akan penjagaan kebersihan kawasan, keselamatan awam, kesedaran sivik, kemahiran sosial serta bersahsiah tinggi.

 

Lapan kluster akan menjadi tunjang utama DKN ini iaitu infrastruktur dan penyelenggaraan; kebersihan; alam sekitar dan kesihatan; keselamatan; pendidikan dan kemahiran; keprihatinan terhadap golongan terpinggir; perkhidmatan sosial; keusahawanan dan perniagaan sosial; serta sukan dan rekreasi.

 

Image result for dasar komuniti negara
Kredit: Astro Awani

 

Kenapa program ini difokuskan kepada penduduk PPR?

 

Berdasarkan situasi hari ini, apabila bercakap tentang kualiti hidup sudah pasti kelompok B40 boleh dikatakan masih berada pada tahap rendah. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan DKN ini, kerajaan dilihat amat cakna dengan kumpulan B40 dan mahu membantu kumpulan ini meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.

 

Sebenarnya langkah yang diambil kerajaan ini adalah amat tepat. Jika kita masih ingat, pada tahun 2018, satu insiden telah berlaku di PPR Pantai Dalam di mana seorang remaja telah maut dihempap kerusi yang dicampak dari tingkat atas. Ini menunjukkan sikap pengotor segelintir penduduk PPR dan sesuka hati membuang sampah. Yang lebih menyedihkan, ianya sehingga membawa maut kepada nyawa yang tidak bersalah!

 

Pendek kata, segelintir penduduk masih kurang kesedaran sivik dan hidup seperti mengamalkan budaya setinggan.

 

Bukan itu sahaja masalah di PPR, berdasarkan kajian UNICEF, terdapat 17 PPR di Malaysia mendapati wujudnya masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak. Ini ditambah pula dengan masalah sosial lain seperti aktiviti penagihan dadah sehinggakan PPR mendapat gelaran Penagih Paling Ramai = PPR.

 

Related image
Kredit: Utusan Online

 

Menurut Zuraida, objektif utama DKN ialah untuk memperkasakan komuniti tempatan serta menggalakkan lagi rakyat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkomuniti. Oleh itu, melalui DKN ini, Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti di semua PPR di seluruh negara akan ditubuhkan secara berperingkat selepas ini.

 

Apa yang lebih menarik mengenai DKN ini ialah pelawaan yang dibuat Menteri KPKT kepada agensi kerajaan serta sektor korporat untuk melibatkan diri dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat PPR.

 

Menurut Tun Mahathir pula, DKN ini bukan sahaja boleh membantu daripada sudut sosial sahaja malahan juga kepada ekonomi setempat. Contohnya, penubuhan kelab serta penganjuran kelas-kelas boleh memberi pendedahan serta ilmu kepada komuniti setempat untuk memulakan perniagaan. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi pendapatan dan kualiti hidup mereka.

 

Di sebalik pelancaran DKN ini, polisi yang mahu dijalankan oleh kerajaan adalah amat jelas untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Namun begitu, apa yang menimbulkan sedikit kerisauan ialah bagaimanakah pelaksanaannya nanti serta usaha berterusan yang perlu diambil. Ini kerana, sebelum ini kita juga mempunyai Dasar Sosial Negara dengan konsep dan matlamat yang hampir serupa tetapi apakah hasilnya?

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…

Featured Image 11-01
Kapital

Kuala Lumpur Bandar Penting E-Dagang Asia

Reading Time: 2 minutes Kadar penembusan Internet lebih tinggi berbanding Singapura dan Jakarta Pelancongan jadi sektor penting e-dagang Kuala Lumpur kini tersenarai…