fbpx

Majlis Tindakan Ekonomi Ditubuhkan Bagi Meransang Ekonomi Negara

Oleh : Kauthar Rozmal
13 Februari 2019 - 6:07 pm

Reading Time: 3 minutes
  • MTE mengeluarkan sebuah pelan tindakan yang komprehensif, Pelan Pemulihan Ekonomi pada 1998
  • MTE dianggotai oleh 16 orang ahli yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pemilik bisnes.

Dalam usaha merancakkan ekonomi negara yang dilihat semakin suram, kerajaan mengambil insiatif untuk menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi. Tujuannya adalah bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

 

Umum mengetahui bahawa rakyat tidak merasakan perubahan yang ketara dari sudut kos sara hidup semenjak Pakatan Harapan memerintah Mei 2018 yang lalu. Menurut Pejabat Perdana Menteri, majlis itu ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat terhadap masalah yang dihadapi mereka, khususnya dalam bidang ekonomi.

 

“Matlamat utama majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 

“Majlis ini juga akan meneliti isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” Tun M

 

Siapakah Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTE)?

Majlis ini dianggotai oleh 16 orang ahli yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pemilik bisnes. Majlis dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Senarai penuh ahli seperti dalam rajah di bawah.

 

Sumber: Awani

 

Berdasarkan senarai ahli di atas, kita dapat lihat beberapa tokoh terkenal dalam bidang ekonomi dan kewangan seperti Tan Sri Zeti yang mempunyai pengalaman 16 tahun sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Tay Ah Lek daripada Public Bank (Bank ketiga terbesar dari sudut jumlah aset) dan Datuk Shireen Ann Zaharah sebagai Pengerusi Bursa Malaysia.

 

Apakah yang akan dilaksanakan oleh MTE?

Buat masa sekarang, masih belum ada pelan atau rangka kerja yang jelas kerana ia baru sahaja ditubuhkan minggu ini. Yang pasti, MTE akan memfokuskan kepada menyelesaikan isu-isu berkaitan ekonomi seperti pemilikan rumah, kos sara hidup, membasmi kemiskinan dan pembahagian kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat.

 

Adakah ini kali pertama inisiatif seperti ini dilaksanakan?

Tidak, ketika Krisis Kewangan Asia 1997/98 kerajaan telah menubuhkan MTE dengan tujuan memperbaiki ekonomi Malaysia dan membawa Malaysia daripada era kegawatan ekonomi. MTE ketika itu telah mengeluarkan sebuah pelan tindakan yang komprehensif, Pelan Pemulihan Ekonomi.

 

Salah satu sektor yang melalui penstrukturan semula adalah sektor perbankan. Caranya adalah dengan menyediakan satu mekanisma untuk menyelesaikan masalah hutang tidak dibayar (NPL) yang meningkat tinggi ketika itu.

 

Syarikat-syarikat kewangan digalakkan untuk bergabung bagi mengurangkan risiko kepada syarikat yang kecil. Hasilnya, daripada 39 syarikat kewangan, jumlahnya dikurangkan lebih daripada separuh.

 

Selain itu, pada Jun 1998, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) diperkenalkan bagi mengambil alih NPL daripada bank supaya bank boleh fokus kepada aktiviti pemberian hutang untuk meransang ekonomi. Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) pula ditubuhkan bagi pelan penstrukturan semula institusi kewangan dengan membantu penghutang dan pemiutang mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan hutang.

 

Di samping itu, bagi menangani masalah Ringgit yang semakin jatuh, kerajaan telah menambat matawang Ringgit pada kadar USD1 = RM3.80. Tindakan ini dilihat telah memberikan kesan yang positif terhadap ekonomi. Kadar pinjaman semakin rendah dan kadar kelulusan pinjaman meningkat kepada RM7.1 bilion (purata bulanan)  pada September-Disember 1998 berbanding RM4.2 bilion (purata bulanan) bagi 8 bulan pertama 1998.

 

Persoalannya kini, apakah langkah MTE yang baru ditubuhkan ini dalam meransang ekonomi dan menambah baik kehidupan rakyat? Sesetengah pihak berpendapat bahawa penubuhan MTE adalah kerana ketidakcekapan anggota kabinet?

 

“Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmatan awam.

 

“Saya rasa ramai orang tahu bahawa Perdana Menteri sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet” Kadir Jasin

 

Namun, masih terlalu awal untuk kita menilai prestasi MTE. Harapnya langkah ini mampu meransang ekonomi Malaysia dan yang paling penting MTE berjaya membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadap kabinet.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…