fbpx

Malaysia Menerajui Bidang Kewangan Islam Di Dunia

Oleh : Kauthar Rozmal
11 Februari 2019 - 4:26 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Malaysia adalah peneraju bagi pasaran sukuk dan pasaran sukuk di Malaysia mewakili 51% daripada pasaran sukuk dunia
  • Malaysia mewakili 36.5% pasaran industri pengurusan kewangan Islam dunia

Nama Malaysia memang tidak asing lagi dalam bidang kewangan Islam baik di peringkat Asia mahupun dunia. Tahukah anda, institusi kewangan Islam pertama di dunia adalah Tabung Haji yang telah ditubuhkan pada tahun 1963.

 

Sebagai contoh, Malaysia adalah peneraju bagi pasaran sukuk dan pasaran sukuk di Malaysia mewakili 51% daripada pasaran sukuk dunia berjumlah USD 396 bilion bagi tahun 2017. Bagi industri pengurusan kewangan Islam pula, Malaysia mewakili 36.5% pasaran dunia.

 

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, Malaysia cukup inovatif dalam menghasilkan produk-produk kewangan Islam baharu. Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan Sustainable and Responsible Investment Sukuk (SRI) dan Green Sukuk serta menggunakan konsep wakaf dalam membangunkan ekonomi ummah.

 

Image result for bank islam

 

Bank Patuh Syariah yang pertama ditubuhkan di Malaysia adalah pada tahun 1983 yang kini dikenali sebagai Bank Islam dan tertakluk di bawah Akta Perbankan Islam (IBA) 1983. Ketika itu, Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan eksklusiviti kepada Bank Islam untuk beroperasi sebagai satu-satunya Bank Patuh Syariah selama 10 tahun.

 

Tahun seterusnya pula syarikat takaful ditubuhkan di bawah nama Syarikat Takaful Malaysia dan tertakluk di bawah Akta Takaful 1984.

 

Pada tahun 1990, Malaysia berjaya mencatatkan satu lagi rekod dengan menjadi negara pertama yang menerbitkan sukuk dengan jumlah RM125 juta oleh Shell MDS Sdn Bhd.

 

Selepas tamat tempoh eksklusiviti Bank Islam sebagai pengendali perbankan Islam tunggal di Malaysia, BNM memperkenalkan 3 lesen pinjaman tanpa faedah, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) kepada Maybank, UMBC dan Bank Bumiputra Malaysia Bhd.

 

Baca: Malaysia berpotensi jadi peneraju kewangan Islam – Bank Dunia

Baca: Peluang Startup Malaysia Dalam “Islamic FinTech”

 

Skim ini telah berjaya membantu bank-bank konvensional membuka Divisyen Perbankan Islam mereka. Namun apabila semakin ramai yang memasuki pasaran perbankan Islam, mereka menghadapi masalah pengurusan kecairan (liquidity management).

 

Bagi menyelesaikan masalah ini, BNM memperkenalkan Islamic Interbank Money Market pada tahun 1994.

 

Pada tahun 2005 pula, BNM mewajibkan bank meletakkan Divisyen Perbankan Islam sebagai sebuah subsidiari yang tertakluk di bawah IBA 1983.

 

Dalam mewujudkan satu ekosistem yang holistik bagi industri kewangan Islam, BNM turut menubuhkan beberapa entiti bagi tujuan penyelidikan dan mengasah bakat-bakat baru. Perkara ini termasuklah penubuhan International Centre for Education in Islamic Finance (INCEF) pada tahun 2005, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia pada tahun 2007, International Shariah Research Academy dan Asian Institute of Finance in 2008.

 

Selain itu, satu inisiatif baru diwujudkan bagi mengukuhkan lagi penyeliaan syariah melalui Syariah Governance Framework pada 2011. Seterusnya, sebuah akta baru bagi perbankan Islam telah diperkenalkan pada 2013 yang diberi nama Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013.

 

Berdasarkan sejarah kewangan Islam di Malaysia ini, memang tidak dapat sangkal lagi bawaha Malaysia adalah ‘leader’  dalam bidang ini. Cuma masih banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki dan harapnya Malaysia bakal menjadi hub kewangan Islam dunia.

 

Rujukan: NST

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…