fbpx

Malaysia Mengalami Deflasi, Adakah Ini Petanda Kemelesetan Ekonomi?

Oleh : Kauthar Rozmal
25 Februari 2019 - 5:32 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kategori Pengangkutan menurun sebanyak 7.8% berbanding Januari 2018
  • Tempoh bebas cukai pada bulan Jun – September 2018 turut menyumbang kepada penurunan harga barang

Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Januari 2019 jatuh sebanyak 0.7% berbanding Januari 2018. Penunuran CPI ini juga dikenali sebagai deflasi dan ini merupakan kali pertama Malaysia mengalami deflasi semenjak 2009.

 

Apa itu deflasi?

Deflasi dalam bahasa mudahnya bermakna penurunan harga barang dan perkhidmatan. Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Inflasi adalah kadar perubahan CPI dalam tempoh 12 bulan. Data CPI dikumpulkan secara bulanan oleh Jabatan Perangkaan, melalui pegawai-pegawai mereka di seluruh negara.

 

Apa itu CPI?

CPI adalah indeks harga pengguna yang dikumpulkan oleh Jabatan Perangkaan, merangkumi hampir 700 lebih barangan dan perkhidmatan di seluruh negara. Sebagai contoh, Jabatan Perangkaan mengambil rekod setiap bulan harga nasi lemak, nasi ayam, nasi beriani malahan harga nasi babi panggang pun direkod!

 

Setiap barangan ini mempunyai ‘wajarannya’ yang tersendiri, iaitu secara purata untuk seluruh rakyat Malaysia, berapa peratuskah setiap barangan ini dibelanjakan daripada keseluruhan perbelanjaan mereka setiap bulan. Sebagai contohnya, perbelanjaan untuk minyak petrol direkodkan sebanyak 8.5% daripada keseluruhan perbelanjaan purata rakyat Malaysia.

 

Daripada keseluruhan peberlenjaan purata rakyat Malaysia. Data perbelanjaan rakyat Malaysia ini diperolehi daripada Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan setiap 2 tahun sekali. Ini bermaksud wajaran perbelanjaan CPI juga dikemaskini setiap 2 tahun sekali.

 

Baca: Asas Ekonomi: Mengukur Kekuatan Ekonomi Dengan KDNK, Pengangguran Dan Inflasi

 

Berpandukan kepada Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP), terdapat 12 kumpulan item yang diambil kira iaitu:

  • Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
  • Minuman Alkohol dan Tembakau
  • Pakaian dan Kasut
  • Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
  • Hiasan,Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
  • Pendidikan
  • Restoran dan Hotel
  • Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan

 

Gambar rajah di bawah menunjukkan kadar inflasi di Malaysia bagi Januari 2019. Kadang-kadang kita pelik kenapa kadar inflasi rendah tapi harga barang tetap naik mendadak, hal ini kerana setiap inflasi mungkin secara kesuluruhannya rendah tetapi bagi kategori makanan kadarnya tinggi. Dan bagi setiap kategori tersebut ada weightage nya sendiri, lebih tinggi weightage lebih banyak ia menyumbang kepada kadar CPI.

 

Adakah deflasi perkara yang buruk?

Ramai ahli ekonomi meletakkan deflasi sebagai salah satu kesan kepada kemelesatan ekonomi. Hal ini kerana deflasi biasanya berlaku atas sebab permintaan yang menurun. Dalam peraturan asas permintaan dan bekalan, permintaan yang rendah akan menyebabkan harga barangan menurun.

 

Permintaan yang rendah pula adalah disebabkan orang ramai sedang berjimat cermat. Atas sebab ini, deflasi dianggap sebagai kesan buruk daripada kemelesetan ekonomi.

 

Kadar Inflasi di Malaysia

 

Apakah perkara yang menyebabkan deflasi kali ini?

Merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh DOSM, penurunan tertinggi adalah bagi kategori Pengangkutan sebanyak -7.8% yang mana pengangkutan mewakili 14.6% daripada CPI. Penurunan bagi kategori ini disebabkan oleh harga RON95 yang lebih rendah pada Januari ini pada RM1.98 seliter berbanding RM2.28 selitar Januari 2018.

 

Selain itu, tempoh bebas cukai pada bulan Jun – September 2018 turut menyumbang kepada penurunan harga barang. Berdasarkan data daripada DOSM, kategori Makanan dan Minuman Bukan Alkohol hanya mengalami kenaikan bawah 1% sepanjang tempoh ini dan kembali normal pada bulan Oktober.

 

Di samping itu, umum mengetahui bahawa kos bagi telekomunikasi juga turun mendadak tahun lalu atas usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Perkara ini turun menyumbang kepada penurunan kos sara hidup terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar.

 

Dijangkakan dalam tahun ini kadar inflasi Malaysia akan kembali normal. Namun jika deflasi berterusan kerana penurunan permintaan, ia adalah perkara yang merisaukan dan perlu diselesaikan kerajaan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…