fbpx

OEM: Strategi Pengurangan Kos Perniagaan

Oleh : Wan Syarafiz
08 Februari 2019 - 5:08 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Syarikat OEM bertindak sebagai pengilang bagi barangan, produk atau komponen untuk dipasarkan di bawah jenama syarikat lain
  • Produk atau komponen yang dihasilkan syarikat OEM boleh didapati pada harga yang lebih murah

 

Baru-baru ini kecoh berkenaan satu jenama air minuman tempatan yang dikatakan bukanlah dihasilkan sendiri tetapi sebaliknya dibuat oleh syarikat OEM. Isu ini mendapat pelbagai reaksi termasuklah yang mengkritik jenama tersebut kerana tidak menghasilkan produk mereka sendiri.

 

Sebelum itu, mari kita cuba fahamkan dulu apakah yang dimaksudkan dengan OEM ini.

 

OEM membawa maksud “Original Equipment Manufacturer” di mana syarikat OEM itu adalah pengilang bagi barangan, produk atau komponen untuk dipasarkan di bawah jenama syarikat lain.

 

Sebagai contoh, jenama pengeluar kereta Ford menggunakan spark plug Autolite, bateri Exide dan fuel injector Bosch dalam pembuatan kereta mereka. Syarikat-syarikat pengeluar komponen ini disebut sebagai syarikat OEM. Manakala syarikat Ford itu pula disebut sebagai syarikat value-added reseller (VAR).

 

Syarikat VAR ini akan mengumpulkan beberapa komponen yang dikeluarkan oleh syarikat OEM dan akhirnya menghasilkan sebuah produk di bawah jenama syarikat VAR tersebut.

 

Pada sesetengah produk, jenama OEM tersebut akan dipaparkan manakala sebahagian besar lagi tidak pula dipaparkan. Lihat kembali kepada contoh jenama kereta Ford tadi, pada komponen spark plug kereta akan tertera jenama Autolite tetapi banyak produk dan komponen lain dalam kereta tersebut sebaliknya tidak dipaparkan seperti jenama kusyen, radio dan cermin.

 

Namun terdapat juga situasi di mana keseluruhan produk adalah dihasilkan oleh syarikat OEM dan kemudiannya dibeli dan dipasarkan di bawah jenama syarikat VAR.

 

Amalan ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan kepada banyak syarikat pengeluar produk daripada pelbagai industri seperti automotif, perisian komputer dan elektronik.

 

Kenapa syarikat OEM ini diperlukan?

 

Secara asasnya terdapat dua faktor utama kenapa produk atau komponen daripada syarikat OEM ini mendapat permintaan yang tinggi. Pertama, syarikat OEM tersebut sememangnya pakar dalam produk atau komponen yang dihasilkan. Faktor kedua pula ialah syarikat OEM itu mampu menghasilkan produk atau komponen pada harga yang lebih murah.

 

Pendek kata, kualiti produk dihasilkan syarikat OEM adalah lebih tinggi dan harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding daripada dihasilkan sendiri kerana tidak perlu membuka kilang sendiri. Sudah semestinya banyak ahli perniagaan menggemari pengeluaran produk melalui syarikat OEM ini.

 

Adakah pengeluaran produk melalui syarikat OEM ini adalah salah?

 

Ia sebenarnya sudah menjadi amalan yang biasa untuk mana-mana pernaigaan dan syarikat sekalipun. Syarikat pembuatan smartphone yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, Apple turut menggunakan khidmat syarikat OEM, Foxconn untuk menghasilkan produk mereka. Yang menarik ialah syarikat OEM ini tidak hanya terikat kepada sesebuah jenama sahaja malahan mereka boleh menghasilkan produk untuk jenama lain juga. Foxconn misalannya bukan hanya menghasilkan produk untuk Apple malahan mereka juga menghasilkan produk untuk Xiaomi, Sony Playstation serta Xbox.

 

Jadi, amalan mengeluarkan produk melalui khidmat syarikat OEM ini sebenarnya boleh dipandang sebagai sebahagian daripada strategi pernigaaan bagi menjaga kualiti produk serta menghasilkan produk yang lebih murah. Kaedah ini juga sudah pasti memberikan kelebihan terutamanya kepada mereka yang baru menceburi bidang perniagaan kerana tidak perlu membuka kilang sendiri bagi mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…