fbpx

Perlukah Kerajaan Mengkaji Semula Belanjawan

Oleh : Kauthar Rozmal
28 Februari 2019 - 5:02 pm

Reading Time: 2 minutes

Harga minyak dunia dijangka tidak melebihi USD70 setong tahun ini

Kerajaan akan menyemak belanjawan jika harga turun bawah USD50 setong


Semenjak November lalu, harga minyak dunia masih kekal bawah USD60 setong. Namun Belanjawan 2019 telah dirangka berdasarkan harga minyak dunia USD 70 setong. Adakah kerajaan perlu menyemak semula belanjawan berikutan pendapatan yang dijangka menurun?

 

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan akan menyemak semula belanjawan jika harga minyak dunia jatuh di bawah USD 50 setong.

 

“Sebelum ini semasa harga minyak meningkat daripada AS$52 setong kepada AS$72 setong, kerajaan tidak menyemak belanjawan, begitu juga semasa ia turun daripada AS$72 setong kepada AS$52 setong ketika ini.

 

“Kerajaan hanya akan menimbang untuk menyemak belanjawan jika harga minyak mentah merosot bawah AS$50 setong,” Lim Guan Eng

 

Setakat ini tiada sebarang petanda daripada pihak kerajaan bahawa mereka akan menyemak semula belanjawan. Namun beberapa pihak lain memberikan amaran supaya kerajaan menyemak semula belanjawan.

 

“ Selain daripada penurunan harga minyak, Malaysia kini terlalu bergantung kepada minyak, susulan tindakan Putrajaya memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).” Ketua Pegawai Pelaburan Serantau UBS, Kelvin Tay memberitahu CNBC. Katanya, paras harga AS$55 setong juga boleh membawa bencana kepada negara.

 

Image result for barrel oil

 

Tidak cukup dengan harga minyak yang jatuh dan penghapusan GST, penurunan harga sawit turut memberi kesan kepada ekonomi negara. Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Barjoyai Bardai bersetuju Malaysia terlalu bergantung kepada harga minyak, selepas pemansuhan GST dan kejatuhan harga minyak sawit.

 

Baca: Kebergantungan Negara Kepada Hasil Minyak Cetus Risiko Fiskal

 

Bagaimanapun, katanya, harga minyak mungkin tidak turun di bawah AS$60 setong disebabkan kawalan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum.

 

Beliau juga tidak menjangkakan harga minyak akan naik melebihi AS$70.

 

“Kerajaan perlu mengkaji semula bajet dan berbuat demikian setiap bulan.

 

“Kerajaan juga boleh rancang cara untuk meningkatkan pendapatan, tetapi ini perlu tunggu hingga bajet akan datang diumumkan.”

 

Kerajaan Amerika Syarikat turut menjangkakan harga minyak tidak akan naik melebihi USD70 setong tahun ini menurut laporan daripada Pentadbiran Informasi Tenaga AS.

 

Keadaan semasa dalam pasaran minyak dunia menyebabkan harga minyak sukar untuk naik lebih tinggi tahun ini. Hal ini ekoran daripada kepincangan untuk mencapai persetujuan dalam OPEC, pengeluaran minyak Amerika Syarikat mencecah rekod tertinggi tahun lalu serta ketidaktentuan terhadap sekatan minyak dari Iran.

 

Baca: Analisis Pasaran Minyak Tahun 2019

 

Dalam pada itu, Adli Amirullah, ahli ekonomi dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak kerana penurunan harga secara mengejut akan menjejaskan bajet kerajaan.

 

Untuk jangka panjang, beliau mencadangkan pelaksanaan cukai tidak langsung yang lebih tersusun serta skop cukai jualan dan perkhidmatan lebih luas. Beliau menyifatkan pengenalan cukai digital ke atas perkhidmatan pada 2020 sebagai permulaan baik.

 

Setakat hari ini masih belum ada tanda-tanda daripada kerajaan untuk menyemak semula belanjawan. Berdasarkan kenyataan daripada Lim Guan Eng, kerajaan hanya akan menyemak semula jika harga minyak jatuh bawah USD50 setong.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…