fbpx

Polisi Wajib Vaksin Untuk Anak Daftar Sekolah

Oleh : Wan Syarafiz
27 Februari 2019 - 3:14 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di Johor Bahru akibat jangkitan difteria
  • Kementerian Kesihatan mensasarkan untuk meningkatkan kadar kanak-kanak diberikan vaksin kepada 95%.

 

Tiada suntikan vaksin, anak anda tidak boleh ke sekolah. Itu adalah gesaan daripada orang ramai berikutan daripada satu kes kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lepas.

 

Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kanak-kanak tersebut tidak pernah langsung menerima sebarang imunisasi sejak lahir. Menurut laporan, terdapat lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kesemuanya kini ditahan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

 

Salah seorang daripada mangsa yang positif ini ialah kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal akibat jangkitan difteria.

 

Masalah ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka divaksin ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang amat baru. Malahan golongan anti-vaksin ini bukan sahaja wujud di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

 

Image result for vaksin malaysia
Kredit: Unicef

 

Apa punca sebenar yang menyebabkan wujud golongan anti-vaksin di Malaysia ini?

 

Pertama sekali, ramai golongan anti-vaksin ini sebenarnya percaya yang vaksin boleh menyebabkan autisma. Ini kerana terdapat satu kajian oleh seorang doktor dari England, Andrew Wakefield yang dikatakan telah ‘membuktikan’ vaksin boleh mendatangkan autisma. Tetapi kajian tersebut telah berjaya disangkal dan akhirnya kertas kerja Andrew ditarik balik.

 

Selain itu, golongan anti-vaksin ini percaya vaksin mengandungi bahan berbahaya yang boleh mendatangkan kesan sampingan serta mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Namun, kenyataan ini telah disangkal banyak kali dan terbaru Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sendiri sudah mengeluarkan fatwa bahawa vaksin yang dihasilkan di Malaysia adalah halal dan telah mendapat kelulusan.

 

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berpendapat suntikan vaksin imunisasi perlu diwajibkan untuk kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana penyakit seperti difteria adalah penyakit berjangkit.

 

Timbalan Presiden I-MEDIK Malaysia, Prof Dr Azizi Ayob juga berkongsi pendapat yang sama kerana ia boleh mengelakkan kanak-kanak ini daripada menjadi ejen penyebar penyakit yang boleh dicegah.

 

Setakat ini, kadar kanak-kanak berusia 9 bulan dan ke atas di Malaysia yang telah divaksin ialah 89% dan Kementerian Kesihatan mensasarkan untuk meningkatkan lagi kadar ini kepada 95%.

 

Melihat kepada polisi vaksin di luar negara, Amerika Syarikat telah melaksanakan dasar kanak-kanak yang tidak divaksin tidak dibenarkan untuk ke sekolah. Langkah ini diambil bagi menghalang kanak-kanak yang tidak divaksin daripada menyebarkan penyakit kepada kanak-kanak lain. Data juga menunjukkan banyak penyakit berjangkit berjaya dikurangkan secara drastik selepas Amerika Syarikat mewajibkan vaksin.

 

 

Di Australia pula, polisi “No jab, no pay” dijalankan dengan kanak-kanak yang tidak divaksin tidak akan menerima manfaat berbentuk subsidi daripada kerajaan serta tidak boleh mendaftarkan diri ke sekolah.

 

Kebanyakan golongan anti-vaksin ini mempunyai pemahaman bahawa sekiranya kanak-kanak lain sudah divaksin maka anak mereka akan selamat daripada sebarang jangkitan. Tetapi, sebenarnya ini adalah membahayakan golongan yang tidak divaksin lagi atau dikenali sebagai symptom Herd Immunity.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…