fbpx

Rekod Tertinggi Kemasukan Dana Asing Ke Asia Dalam Setahun

Oleh : Kauthar Rozmal
08 Februari 2019 - 5:09 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Bursa mencatatkan aliran masuk bersih berjumlah RM1 bilion Januari lalu setelah 3 bulan berturut mencatatkan aliran keluar bersih
  • Indeks Asia Pasifik (MSCI) merekodkan peningkatan tertinggi semenjak Mac 2016 sebanyak 6.7%

Bulan Januari mencatatkan kemasukan dana asing ke pasaran Asia berjumlah USD5.9 bilion. Ini merupakan rekod tertinggi semenjak Februari lalu. USD5.9 bilion ini mewakili pasaran Korea Selatan, Taiwan, India, Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

 

Keluaran dana asing daripada pasaran Asia mencatatkan rekod tertinggi tahun lalu bagi tempoh 7 tahun kebelakang. Hal ini kesan daripada perang dagangan yang masih berlarutan serta keuntungan syarikat di Asia yang semakin berkurang.

 

Menurut Ketua Strategi Ekuiti Asia di Morgan Stanley, Jonathan Garner, tahun 2019 bakal menunjukkan sinar bagi pasaran ekuiti Asia ekoran pelonggaran polisi fiscal China, kemungkinan penambahbaikan dalam perbincangan perang dagangan AS-China dan penurunan matawang USD.

 

Bulan lalu, indeks Asia Pasifik (MSCI) merekodkan peningkatan tertinggi semenjak Mac 2016 sebanyak 6.7%. Rekod kemasukan dana asing tertinggi dipegang oleh Korea Selatan dan Taiwan sebanyak USD3.7 bilion dan USD1.2 bilion.

 

Image result for pasaran asia
Kredit: Berita Harian

 

Dalam pada itu, Indonesia dan Filipina mencatatkan kemasukan dana asing berjumlah USD969 juta dan USD350 juta.

 

Sementara itu, pelabur asing ‘lari’ daripada pasaran India ekoran ketidak tentuan pasaran menjelang pilihan raya pada tahun ini.

 

Bagaimana pula dengan pasaran Malaysia?

 

Bagi Januari 2019, Bursa mencatatkan aliran masuk bersih berjumlah RM1 bilion setelah 3 bulan berturut mencatatkan aliran keluar bersih susulan kejatuhan harga minyak dunia. Walaupun jumlah tidaklah setinggi negara-negara Asia yang lain, namun ianya dilihat sebagai satu tanda positif.

 

Bagi menambah baik keadaan ekonomi di Malaysia, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan masalah ekonomi di Malaysia. Hal ini penting kerana rakyat sudah mula mempersoalkan kerajaan dalam menjaga ekonomi Malaysia dan yang lebih penting kesejahteraan rakyat itu sendiri.

 

Antara perkara yang perlu diutamakan oleh Jawatankuasa ini adalah membantu merancang polisi bagi menarik pelabur untuk melabur di dalam negara. Secara tidak lansung kemasukan dana asing mampu membantu meransang ekonomi negara.

 

Selain itu, mereka juga harus mencari penyelesaian bagi meringankan beban hidup rakyat. Rakyat tidak merasakan sebarang perubahan yang ketara selepas pertukaran kerajaan. Barang masih lagi mahal, pendapatan pula masih di tahap yang sama.

 

Di samping itu, Malaysia juga menghadapi masalah dalam pasaran pekerjaan. Kadar penggangguran dalam kalangan belia yang melebihi 10% sangat membimbangkan. Laporan Khazanah juga menyatakan bahawa berlakunya ketidaksepadanan dalam sektor perkerjaan.

 

Baca: Tanggapan Anak Muda ‘Demand’ Gaji Tinggi Adalah Salah – KRI

 

Harapnya selepas penubuhan jawatankuasa khas ini kerajaan mampu memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…