fbpx

Saham Nike Jatuh Kerana Satu Perlawanan Bola Keranjang Ini

Oleh : Wan Syarafiz
22 Februari 2019 - 5:58 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Nilai keseluruhan syarikat Nike telah menurun sebanyak USD1.46 bilion
  • Saham Nike sebelum ini telah meningkat sebanyak 25% dalam tempoh setahun dengan nilai keseluruhan berjumlah USD132.1 bilion

 

Saham jenama Nike kini dilaporkan berada dalam tekanan selepas bintang yang baru meningkat naik dalam sukan bola keranjang di Amerika Syarikat, Zion Williamson telah mengalami kecederaan apabila kasut Nike yang dipakainya mengalami kerosakan.

 

Dalam perlawanan antara pasukan Duke University menentang North Carolina itu, kasut yang dipakai oleh Zion telah “terbelah dua” dan mengakibatkan beliau mengalami kecederaan lutut.

 

Wakil daripada Nike kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa kualiti dan prestasi produk keluaran merekea sentiasa menjadi keutamaan. Insiden ini adalah sesuatu di luar jangkaan dan mereka akan meneliti kembali apakah punca kejadian seumpama itu terjadi.

 

Image result for nike basketball share down
Kredit: CBC.ca

 

Susulan daripada insiden itu, saham syarikat tersebut telah jatuh melebihi 1% hanya sehari selepas kejadian itu berlaku. Ini kemudiannya telah menyebabkan nilai keseluruhan syarikat Nike telah menurun sebanyak USD1.46 bilion.

 

Sebagai rekod, saham Nike telah meningkat sebanyak 25% dalam tempoh setahun ini dengan nilai keseluruhan berjumlah USD132.1 bilion. Ini jauh meninggalkan pesaing mereka, Under Armour yang hanya merekodkan nilai keseluruhan (market capitalization) berjumlah USD9.7 bilion sahaja.

 

Ketika perlawanan tersebut, Zion yang mewakili pasukan Duke University telah memakai kasut Nike PG 2.5 yang dilaporkan bernilai sekitar USD95-105. Sebagai rekod, Nike merupakan pembekal uniform, kasut dan pakaian kepada pasukan Duke University di bawah kontrak perjanjian selama 12 tahun.

 

Sejarah Nike dalam sukan bola keranjang ini sudah bermula sejak sekian lamanya. Bagi peminat bola suka keranjang semestinya mengetahui ramai pemain yang berstatus bintang dalam liga NBA seperti LeBron James dan Kyrie Irving menggunakan kasut Nike sehingga nama mereka dijadikan sebagai model keluaran Nike.

 

Pada tahun 2017, model kasut yang dikeluarkan di bawah jenama Nike LeBron James dan Kyrie Irving telah mengungguli “best-selling” kasut bola keranjang di kedudukan pertama dan kedua. Bukan itu sahaja, menurut data daripada firma kajian pasaran NPD Group, ia telah menunjukkan Nike mempunyai pegangan pasaran (market share) sebanyak 73.5% dalam pasaran “performance basketball” yang bernilai USD1 bilion pada tahun 2017.

 

Image result for nike basketball lebron
Kredit: Sneaker News

 

Walaupun insiden kerosakan kasut Nike ini telah menyebabkan imej dan reputasi Nike tercalar namun ramai penganalisa Wall Street menjangkakan ia hanya akan memberi impak yang kecil sahaja kepada Nike. Penganalisa Oppenheinmer, Brian Nagel berkata pihak pengurusan kanan Nike mempunyai sejarah dan pengalaman untuk menjaga serta meningkatkan imej jenama Nike dalam situasi yang kurang baik.

 

Dalam pada masa yang sama, Penganalisa Needham, Rick Patel melihat kejatuhan harga saham Nike ini adalah sebagai satu peluang buat pelabur. Menurut beliau, Nike telah menjana kebanyakan jualan mereka daripada kategori produk lifestyle dan fesyen. Jualan dalam kategori ini tidak akan terjejas disebabkan isu permainan bola keranjang tersebut.

 

Sumber: CNBC, Forbes, The Star

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…