fbpx

Saham Syarikat Pembekal Ayam Meningkat Naik

Oleh : Wan Syarafiz
26 Februari 2019 - 4:38 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Saham syarikat Teo Seng  telah meningkat kira-kira 30%
  • Harga telur ayam gred AA telah meningkat naik daripada 38 sen sebiji pada Januari 2018 kepada 43 sen sebiji pada Disember 2018

 

Kenaikan harga ayam dan telur telah menyebabkan banyak perhatian kini tertumpu kepada saham syarikat pembekal dalam sektor tersebut. Banyak kaunter dalam sektor ini dilaporkan aktif dalam beberapa minggu ini atas jangkaan pendapatan syarikat ini akan lebih meningkat.

 

Namun, tidak semua pelabur berkongsi pendapat yang sama. Ramai juga merasakan kenaikan harga ayam dan telur ini tidak akan kekal untuk tempoh yang lama dan ini bermakna kenaikan hasil pendapatan syarikat-syarikat ini juga tidak akan bertahan lama.

 

Menurut Ketua Penyelidik InterPacific Securitites Research, Pong Teng Siew, beliau yakin kenaikan harga ayam dan telur ini berlaku disebabkan oleh virus selsema burung yang melanda Vietnam dan selepas masalah ini berjaya diatasi, semuanya akan kembali normal seperti biasa.

 

Sebagai rekod, bermula pada hujung tahun lepas, harga ayam dan telur telah meningkat naik disebabkan masalah selsema burung yang menyebabkan Vietnam terpaksa membunuh ayam-ayam di negara tersebut dan memilih untuk mengimport sumber ayam dari Malaysia.

 

Susulan daripada isu ini, harga saham pembekal ayam dan telur di Malaysia telah menerima impak yang positif. Antara syarikat-syarikat ini ialah LTKM Bhd, Lay Hong Bhd, Teo Seng Capital Bhd dan QL Resources Bhd.

 

Syarikat Teo Seng Capital Bhd contohnya telah melaporkan kenaikan keuntungan sebanyak 20% pada suku ke-empat tahun lepas. Syarikat tersebut menyatakan kenaikan ini telah disumbang oleh hasil jualan yang meningkat serta kecekapan syarikat yang bertambah. Berdasarkan bekalan dan harga telur yang stabil, ahli lembaga pengarah sangat optimistik dengan prestasi kewangan syarikat tersebut di masa hadapan.

 

Saham syarikat Teo Seng bermula pada awal bulan Februari sehingga 23 haribulan juga telah meningkat kira-kira 30%.

 

 

Berdasarkan data daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, harga telur ayam gred AA telah meningkat naik daripada 38 sen sebiji pada Januari 2018 kepada 43 sen sebiji pada Disember 2018. Harga 43 sen sebiji bagi telur ayam ini merupakan harga tertinggi yang dicatatkan sepanjang tahun 2018.

 

Bagi jualan ayam pula, harga runcit yag dicatatkan telah meningkat naik pada kadar paling tinggi RM8.40 per kilogram pada Disember tahun lepas.

 

Berdasarkan laporan Bloomberg pada hujung tahun lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menyatakan kerajaan akan mengkaji semula keperluan untuk mengekalkan eksport pada jumlah sedia ada sekiranya harga telur terus berada pada paras tinggi.

 

Selain Vietnam, Malaysia juga mengeksport telur ke Singapura, Hong Kong, Maldives dan Mauritius.

 

Bukan sahaja kerana masalah selsema burung yang melanda Vietnam, salah satu punca lain yang menyebabkan harga telur meningkat di Malaysia ialah kenaikan harga makanan ayam yang kebanyakannya adalah diimport dari negara luar seperti Brazil dan Argentina.

 

Berikutan daripada faktor-faktor ini, harga telur telah meningkat naik dan akhirnya menyebabkan harga saham dan nilai keseluruhan syarikat-syarikat pembekal sektor ini juga meningkat naik.

 

Daripada sudut pasaran pula, market dealer berpendapat terdapat satu lagi faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga saham serta nilai syarikat pembekal ini. Faktor yang dinyatakan ini ialah terdapat dua syarikat pembekal yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi.

 

Syarikat tersebut ialah QSR Brands (M) Holdings Bhd yang beroperasi untuk KFC dan Pizza Hut serta syarikat Leong Hup International Bhd. Sekiranya kedua-dua syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia pada nilai yang tinggi maka wujud kemungkinan besar ia akan menyebabkan nilai syarikat-syarikat pembekal lain yang tersenarai di Bursa Malaysia juga meningkat naik.

 

Sumber: StarBiz

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…