Samsung Membuat Kesilapan Yang Sama Seperti Apple
- Galaxy S10 dijual bermula pada harga USD899 bersamaan RM3,662
- Jumlah penghantaran (shipments) Samsung jatuh 5.3% pada suku ke-4 2018 berbanding suku ke-4 2017
Samsung baru sahaja melancarkan model telefon baharu hari ini. Walaupun sesetengah orang merasa kagum dengan pelancaran ini terutamanya dengan kehadiran model telefon yang boleh dilipat (foldable phone), namun Samsung mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan kesilapan yang sama seperti mana Apple.
Apakah kesilapan Samsung?
1. Harga telefon yang terlalu mahal
Galaxy S10 dijual bermula pada harga USD899 bersamaan RM3,299 manakala S10 + berharga USD999 bersamaan RM3,699. Di samping itu, pengguna kini jarang menukar telefon mereka. Hal ini kerana kebanyakan telefon hari ini tahan lebih lama. Sebagai contoh, masih ramai pengguna Iphone 6s walaupun telefon tersebut dilancarkan 4 tahun lalu.

2. Tiada ciri-ciri “wajib ada”
Sebelum ini, setiap kali model telefon baru keluar, mereka akan menampilkan ciri-ciri yang menarik seperti sistem pengecaman muka, skrin sentuhan 3D dan kamera yang lebih baik. Namun kini apabila anda lihat kepada model-model baharu, yang berbeza hanyalah sekadar peningkatan kelajuan dan skrin yang lebih cantik.
Menurut CNBC, kebanyakan pengguna kini menginginkan bateri yang tahan lebih lama. Ya tidak dinafikan ciri-ciri seperti Face Emoji dan pengecasan tanpa wayar itu adalah ciri yang menarik, tapi berapa ramai sahaja pengguna sanggup menghabiskan ribuan Ringgit untuk beberapa ciri baru ini.
Baca: Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara
3. Persaingan Syarikat Telefon China
Kita dapat lihat hari ini semakin ramai pengguna yang membeli telefon daripada syarikat China seperti Xiaomi, Oppo dan Huawei. Syarikat ini mampu menawarkan telefon pada harga yang lebih murah tetapi dengan ciri-ciri yang hampir sama.
Dengan spefikasi lebih kurang sama dengan Samsung S9, Xiaomi Mi8 dijual RM1,300 lebih murah. Reka bentuknya juga mempamerkan reka bentuk yang elegan seakan-akan iPhone X.
Menurut Canalys, jumlah penghantaran (shipments) Samsung jatuh 5.3% pada suku ke-4 2018 berbanding suku ke-4 2017. Manakala dua syarikat telefon China iaitu Huawei dan Oppo masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 47.3% dan 20.6%.
Adakah Samsung akan belajar daripada kesilapan mereka? Atau mereka akan terus mengenakan harga premium bagi produk mereka?
Sumber: CNBC