fbpx

5 Kesilapan Kewangan Yang Memberi Impak Dalam Hidup Anda

Oleh : Kauthar Rozmal
13 Mac 2019 - 5:26 pm

Reading Time: 3 minutes

Apa yang kita lakukan hari ini bakal memberikan kesan kepada masa hadapan kita. Jika seorang pelajar malas untuk mengulang kaji, maka keputusan peperiksaannya akan terjejas, jika seorang pekerja malas bekerja, mungkin dia akan diberhentikan. Begitulah juga dalam bab kewangan, setiap keputusan kewangan yang dibuat bakal memberikan kesan di masa depan nanti.

 

Kali ini, kita akan melihat kepada kesilapan-kesilapan kewangan yang membebankan kita bagi tempoh jangka masa panjang.

 

1. Membeli kereta di luar kemampuan

Tidak dinafikan kereta adalah keperluan bagi sesetengah inidividu, malah terdapat juga pekerjaan yang meletakkan syarat memiliki kereta dalam memilih pekerja. Membeli kereta bukan satu kesilapan, tetapi membeli kereta diluar kemampuan itu adalah satu kesilapan.

 

Image result for honda showroom
Sumber: Paultan.org

 

Kita perlu berbalik kepada fungsi asal kereta iaitu membawa kita daripada destinasi A ke destinasi B. Bukanlah dikfokuskan kepada rasa ‘bangga’ apabila memiliki kereta import.

 

Antara formula yang boleh digunakan untuk mengetahui nilai kereta yang bersesuaian dengan kita adalah:

  1. Harga kereta = setahun gaji
  2. Bayaran bulanan kereta < 15% gaji bulanan

 

2. Memaksimumkan penggunaan kad kredit

Kad kredit ini jika digunakan secara berhemah, banyak manfaatnya kepada kita, malah kita boleh jimat lagi dengan bonus dan mata yang diberikan. Tetapi jika kita tewas dengan nafsu membeli, kad kredit ini bakal memeningkan kepala kita.

 

Akibat nafsu membeli yang tinggi, sedar-sedar sahaja kita sudah memaksimumkan penggunaan kad kredit kita. Kadar faedah yang dikenakan bukan sedikit, mencecah sehingga 18%! Daripada 2013-2018, sejumlah 9,428 rakyat Malaysia muflis kerana kad kredit.

 

Image result for kahwin
Kredit: Pesona Pengantin

3. Kahwin menggunakan pinjaman peribadi

Belanja kahwin zaman sekarang secara puratanya sekitar RM20,000-RM30,000. Kalau kita asyik sangat bercinta tetapi terlupa untuk mengumpul duit kahwin, maka terpaksalah kita memohon pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan kahwin nanti.

Kahwinnya sehari sahaja, tetapi bayaran pinjaman sehingga 10 tahun, anak dah masuk darjah 1 pun masih belum habis bayar pinjaman.

 

4. Tiada simpanan kecemasan

Menurut kajian yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia, hampir 76% rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan. Penting sangatkah simpanan kecemasan?

 

Ya penting, bayangkan jika anda ditimpa musibah yang memerlukan wang seperti kereta rosak, dari mana anda mahu mendapat wang kalau bukan daripada simpanan kecemasan? Kalau tiada simpanan, maka akan terjadilah situasi ‘gali lubang tutup lubang’. Bulan ini kita pinjam dari kawan A, bulan depan pula kita pinjam dengan kawan B untuk bayar hutang A.

 

Simpanlah sekurangnya 10% daripada gaji setiap bulan. Kemudian cukupkan simpanan tersebut bersamaan dengan 3 bulan gaji.

5. Tertipu dengan skim cepat kaya

Maklumlah, bila hutang dah mula menggunung, kita mula mencari jalan mudah keluar. Dan cara paling mudah adalah melalui skim pelaburan yang tidak masuk akal yang menjanjikan pulangan sehingga 20% setiap bulan.

 

Image result for skim cepat kaya

 

Tahukah anda, pelabur terhebat dunia, Warren Buffet pun secara puratanya hanya memperolehi pulangan pelaburan sekitar 20% setahun. Mana mungkin ada pelaburan lain boleh beri pulangan sehingga 10-20% setiap bulan.

 

Lebih baik jika anda mula sahaja menyimpan di ASB atau Tabung Haji. Kalau ada lebihan duit, boleh cuba pula pelaburan unit amanah, saham atau hartanah.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…