fbpx

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Oleh : Kapital
20 Mac 2019 - 4:32 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF
  • Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berpendapatan bawah RM500,000 dikurangkan daripada 18% kepada 17% sahaja bagi IKS

Semalam, semasa merasmikan acara Invest Malaysia, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggariskan beberapa strategi bagi memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

 

Beberapa bulan lagi, genap lah setahun Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Dalam tempoh setahun ini kerajaan fokus kepada memperbaiki semula kedudukan kewangan negara dan menterbalikkan semula kesilapan-kesilapan kerajaan terdahulu seperti 1MDB.

 

Kini tiba masanya untuk kita membina semula negara dan menjadi negara yang disegani suatu masa dahulu ketika Malaysia digelar sebagai Harimau Asia. Berikut merupakan strategi makro yang akan dilaksanakan kerajaan:

1)  Memacu produktiviti di semua peringkat bagi memastikan pertumbuhan yang mampan

2) Menggalakkan pelaburan berkualiti untuk memacu pertumbuhan ekonomi

3) Memulakan inisiatif kepada industri untuk meningkatkan ke atas rantaian nilai

4) Mengukuhkan eksport bagi memperbaiki penyata imbangan

5) konsolidasi fiskal bagi memastikan kelestarian dalam tempoh masa sederhana

 

1) Fokus Industri

Persoalaannya, industri atau sektor manakah yang bakal menjadi tumpuan kerajaan Malaysia? Menurut Perdana Menteri fokus pertumbuhan ekonomi selepas ini akan tertumpu kepada ekonomi digital, pembuatan berteknologi tinggi dan bergaji tinggi serta sektor perkhidmatan.

 

Pihak kerajaan akan menyediakan insentif dan berkerjasama bagi menjadikan Malaysia sebagai hub kepada perkhidmatan digital dan komunikasi. Syarikat swasta pula digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa bagi menjadi juara di peringkat dunia dan antarabangsa.

Image result for klia
Sumber: Malaysian Reserve

Bagi sektor pembuatan pula, kerajaan akan terus berusaha untuk menarik pelaburan yang berteknologi tinggi dan memberikan nilai tambah yang tinggi. Antara fokus utamanya adalah dalam bidang aeroangkasa seperti mana yang telah dinyatakan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11.

 

2) Penstrukturan semula GLC

Sebelum ini ini syarikat GLC dilihat telah mendominasi sektor swasta yang lari daripada tujuan asal di mana GLC berfungsi sebagai pemangkin kepada ekonomi Malaysia. Oleh sebab itu, menjadi keutamaan kepada kerajaan untuk mentransfomasikan semula GLC dengan melihat semula kepada lantikan jawatan tertinggi dan memastikan tiada lagi lantikan politik dalam GLC.

 

Pelantikan jawatan tertinggi GLC selepas ini adalah berdasarkan garis panduan yang akan disediakan oleh Kementerian Kewangan. Tun M juga mencadangkan supaya struktur gaji di GLC dan agensi kerajaan dikaji semula.

 

3) Membasmi Rasuah

Di samping itu, dalam usaha memastikan pentadbiran bebas rasuah, beberapa insiatif telah diambil seperti pengishtiharan harta bagi ahli-ahli politik dan pelantikan Ketua MACC dibuat di parlimen. Seperti mana yang telah dinyatakan dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) , sebanyak 115 inisiatif telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Image result for nacp malaysia

 

4) Kekayaan dikongsi bersama

Seperti yang telah ditekankan beberapa kali sebelum ini, Tun M menyatakan bahawa pembangunan bukan lagi sekadar KDNK tetapi kekayaan yang dikongsi bersama. Tun M menegaskan supaya pemilik perniagaan dan CEO membayar gaji yang setimpal kepada pekerja mereka di mana gaji CEO telah naik bepuluh kali ganda sedangkan gaji pekerja masih lagi di takuk yang sama. Kepada pekerja, Tun M menekankan dasar pandang ke timur dan meniru gaya kerja kuat yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun.

 

 

5) Mengukuhkan kedudukan kewangan negara

Aspek pengurusan hutang merupakan antara tugas utama kerajaan bagi mengembalikan kredibiliti dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Satu Jawatankuasa Pengurusan Hutang telah ditubuhkan dalam usaha mengurangkan hutang kerajaan.

 

Antara langkah yang bakal diambil adalah melihat semula kepada mana-mana entiti kerajaan yang berpotensi untuk disenaraikan dan mengurangkan pegangan saham kerajaan dalam syarikat-syarikat GLC yang tersenarai di Bursa.

 

Selain mengurangkan hutang, kerajaan juga fokus kepada menambahkan pendapatan melalui sistem percukaian. Pada tahun ini, tiada sebarang cukai baru bakal diperkenalkan melainkan cukai soda yang dibentang dalam Belanjawan 2019.  Untuk tahun ini juga, cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berpendapatan bawah RM500,000 dikurangkan daripada 18% kepada 17% sahaja bagi IKS.

Image result for br1m
Sumber: The Star

6) Meringankan beban hidup rakyat

Setakat ini, kerajaan mempunyai 110 program bantuan rakyat daripada 21 kementerian dan agensi. Bagi membina sebuah ekosistem bantuan yang lebih komperehensif, kerajaan akan melihat dan mengkaji semula semua bantuan dan menggabungkan dan menghubungkan program bantuan sedia ada.

 

7) Mengembalikan kehebatan sekolah kebangsaan

Kerajaan sedang dalam usaha memperbaharui kurikulum sekolah dan seperti yang anda ketahui peperiksaan dihapuskan bagi peringkat darjah 1 sehingga 3. Menuju kehadapan, satu Special Taskforce akan  mengkaji semula polisi pendidikan di Malaysia merangkumi daripada peringkat tadika sehinggalah universiti dan dijangka akan mengeluarkan dapatan kajian bulan hadapan. Antara fokus utama kajian adalah penggunaan bahasa Inggeris, kualiti guru dan kebolehpasaran graduan.

 

Dengan segala perancangan dan inisiatif kerajaan ketika ini, harapnya Malaysia kembali menjadi Harimau Asia.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…