fbpx

Adakah Pekerja Di Malaysia Dibayar Gaji Yang Setimpal?

Oleh : Kauthar Rozmal
27 Mac 2019 - 4:52 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Sektor runcit dan borong, makanan dan minuman serta penginapan membayar kadar upah terendah
  • Bagi setiap USD1000 pengeluaran, pekerja di Malaysia dibayar USD340

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita akan sampai ke tahun 2020, dan salah satu visi Malaysia menjelang 2020 adalah menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun masih jauh lagi untuk kita mencapainya bila mana kini purata gaji pekerja masih pada tahap RM2,463.

 

Salah satu cara untuk melihat kepada bayaran gaji setimpal adalah membuat perbandingan antara kadar upah dan produktiviti pekerja. Produktiviti pekerja bermaksud nilai tambah yang dihasilkan oleh setiap pekerja, sebagai pulangan pekerja akan dibayar upah oleh majikan.

 

Nisbah upah kepada produktiviti bagi setiap pekerja digunakan untuk mengira kadar upah dibayar kepada pekerja bagi setiap pengeluaran dalam nilai dollar. Dalam erti kata mudah, berapakah upah yang diberikan bagi setiap dollar yang dihasilkan.

 

 

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat lihat bahawa pekerja di Malaysia dibayar lebih rendah daripada produktiviti pekerja. Jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Australia, kadar upah di Malaysia jauh lebih rendah.

 

 

Bagi memudahkan pemahaman, bagi setiap USD1000 pengeluaran, pekerja di Malaysia dibayar USD340, dan bagi setiap USD1000 pengeluaran di negara maju, pekerja dibayar USD510. Lebih membimbangkan lagi apabila, trend ini berterusan di semua sektor di Malaysia.

 

Gaji terendah boleh dilihat dalam sektor runcit dan borong, makanan dan minuman serta penginapan dimana pada tahun 2016 gaji purata bagi sektor-sektor ini adalah RM1,727, 30% lebih rendah berbanding gaji purata kebangsaan RM2,463.

 

 

Gaji rendah dalam sektor-sektor ini dipecayai berpunca daripada kekurangan kemahiran penawaran gaji kerana sebahagian besar pekerja adalah pekerja berkemahiran rendah termasuklah pekerja asing. Manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan pula merupakan sektor yang memberikan gaji tertinggi di Malaysia.

 

Selain daripada perbandingan gaji dan produktiviti, kita juga boleh mengunakan bahagian pendapatan buruh (labour share of income) untuk menilai sama ada gaji pekerja di Malaysia setimpal atau tidak.

 

 

Daripada tahun 2010 hingga 2017,  bahagian pendapatan buruh telah meningkat daripada 31.7% ke 35.2% berbanding KDNK. Sebagai contoh KDNK Malaysia adalah RM1,000, maka bahagian yang diperolehi pekerja adalah RM35.2. Walaupun terdapat peningkatan daripada 2010 hingga 2017, tetapi ianya masih lagi jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain.

 

 

 

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…