fbpx

Amanie Advisors & CSQlaw Menganjurkan Program Kesedaran Kewangan Islam Di Kazakhstan

Oleh : Kapital
07 Mac 2019 - 4:29 pm

Reading Time: 2 minutes

Firma perniagaan di Malaysia yang mengintai peluang untuk melebarkan sayap ke luar negara digesa untuk meneroka prospek perkhidmatan profesional yang ditawarkan mereka ke negara seperti Kazakhstan, khasnya Astana International Financial Centre (AIFC).

 

Gesaan itu dibuat oleh Duta Malaysia ke Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman dalam ucapan alu-aluan beliau dalam satu program berkaitan kesedaran kewangan Islam di Astana. Syed Mohamad Bakri turut menyatakan pengiktirafan dan sokongan Malaysia terhadap komitmen ditunjukkan AIFC dalam mempromosikan kewangan Islam di Kazakhstan.

 

 

Program berkenaan yang dianjurkan secara bersama oleh firma Malaysia Amanie Advisors dan CSQlaw menerima sokongan penuh daripada AIFC. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan gambaran lebih komprehensif terhadap senario kewangan Islam di Kazakhstan. Program ini turut dihadiri lebih 50 pegawai bank, peguam, wakil pihak berkuasa, pembekal perkhidmatan dari Kazakhstan.

 

Program ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman Malaysia dalam industri kewangan Islam.

 

CEO AIFC, Nurlan Kussainov turut hadir dalam program ini.

 

 

Program ini memberi fokus kepada tiga sesi dan sesi pertama dimulakan dengan syarahan mengenai ekosistem kewangan Islam yang disampaikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengasas dan Pengerusi Amanie Group.

 

Dalam syarahan berkenaan, beliau berkongsi pandangan mengenai kemunculan Kazakhstan sebagai pasaran kewangan Islam. Beliau juga menekankan komitmen Amanie Advisors dan CSQlaw dalam membantu mengukuhkan prasarana kewangan Islam di negara berkenaan.

 

Sesi kedua pula diteruskan dengan perbincangan mengenai isu sumbangan praktis perundangan kepada sistem kewangan Islam dan ia disampaikan oleh Rakan Kongsi Kanan, CSQlaw, Madzlan Hussain.

 

Sesi ketika pula merupakan sebuah forum yang menampilkan Mohd Daud, Madzlan, Pengarah Jabatan Kewangan Islam, AIFC, Alibek N. Nurbekov, Timbalan Pengerusi Kazakh Invest, Marat Birimzhan, Ahli Lembaga Pakar Majlis Sekuriti Kazakhstan, Yerlan Baidaulet.

 

Moderator untuk sesi ini ialah Rakan Kongsi Pengurusan CSQlaw, Shamsul Qamar Ab Rani.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…