fbpx

Apa itu kitchen sinking

Oleh : Hilmi Ibrahim
15 Mac 2019 - 7:24 pm

Reading Time: 2 minutes

Terma kitchen-sinking mula mendapat perhatian ramai susulan pengumuman Khazanah yang merekodkan kerugian RM6.3 bilion bagi tahun 2018. Antara kes lain yang terkenal dengan kaedah kitchen-sinking adalah Tesco.

 

Bagi memahami apakah yang dimaksudkan dengan kitchen-sinking mari kita lihat apakah yang terjadi kepada Tesco pada tahun 2014. Semasa Tesco mengumumkan kerugian £6.4 bilion bagi 2014, mereka juga mengumumkan penurunan nilai saham berjumlah £570 juta dan beberapa bilion pound defisit bagi skim pencen mereka.

 

Kitchen-sinking adalah satu teknik komunikasi yang biasa digunakan oleh parti-parti politik dan perniagaan dimana semua berita buruk diumumkan serentak. Ideanya adalah untuk kesan rantaian yang berpanjangan bagi tempoh masa panjang jika berita buruk diumumkan berasingan.

 

Menurut seorang professor komunikasi di University of Westminster, Steven Barnett, kaedah ini digunakan oleh organisasi apabila mereka mempunyai berita yang amat mengejutkan dan mereka tahu dengan menyorokkan berita tersebut bukanlah satu tindakan yang bijak.

 

“Apabila anda mengumumkan angka terburuk dalam sejarah korporat, anda tahu ianya akan menjadi berita muka depan” Steven

 

Sama juga kisahnya bagi strategi kitchen-sinking dalam perakaunan. Semua kerugian direkodkan dalam satu laporan kewangan supaya syarikat boleh mulakan semula strategi baru setelah mengenal pasti semua kerugian. Ianya ibarat butang reset kepada syarikat.

 

Related image

 

Selain daripada Tesco, strategi ini juga pernah digunakan oleh bank pelaburan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2007. Ketika itu, kesemua bank di AS mengumpulkan kesemua berita buruk dan kerugian untuk diumumkan pada laporan kewangan bagi suku akhir 2007 yang mana ketika ini AS dilanda krisis subprime dan akhirnya merebak ke bank-bank antarabangsa yang lain sehinggalah Lehman Brother muflis pada 15 September 2008.

 

Strategi kitchen-sinking ini berlawanan dengan strategi dead cat di mana strategi dead cat digunakan untuk mengalihkan perhatian orang ramai. Ideanya adalah dengan meletakkan kucing yang mati di atas meja, anda membuatkan orang tertumpu kepada perkara itu sahaja sedangkan anda mahu mengalihkan perhatian orang daripada perkara yang lebih penting.

 

Begitulah juga dalam kes Khazanah ini dimana mereka telah mengumumkan kerugian terbesar bagi tempoh 10 tahun supaya kewangan mereka boleh di’reset’ semula dan bermula dengan strategi dan mandat baru.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…