fbpx

Cadangan Meningkatkan Dividen Simpanan Shariah KWSP

Oleh : Kapital
05 Mac 2019 - 10:58 am

Reading Time: 3 minutes

Dividen KWSP

Pada 15 Februari 2019 yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2018. 5.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan jumlah agihan dividen RM4.32 bilion dan 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion. Jumlah agihan dividen adalah RM47.31 bilion, kurang 1.70 peratus berbanding agihan tahun 2017.

 

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, penurunan pendapatan portfolio KWSP pada 2018 berbanding tahun 2017 adalah disebabkan oleh prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor telekomunikasi, pembinaan dan minyak dan gas dalam portfolio domestik.

 

Adapun begitu,KWSP menyatakan bahawa pelaburan Simpanan Konvensional menikmati lebihan pendapatan daripada pelaburan dalam aset tidak patuh Shariah antaranya pelaburan dalam sektor kewangan. Oleh sebab itu, peratusan dividen lebih tinggi dapat diberikan kepada Simpanan Konvensional.

 

Aktiviti kewangan yang tidak patuh Shariah berdasarkan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC) adalah Bank Konvensional dan Syarikat Insurans.

 

Strategi dan Sektor Pelaburan KWSP

KWSP komited memberikan pulangan yang baik kepada ahli dengan memberikan pulangan melebihi kadar inflasi secara konsisten. Ini penting bagi menjamin nilai simpanan ahli untuk jangka panjang seterusnya membantu mereka mencapai persaraan yang lebih baik.

 

Strategi KWSP bagi kedua-dua jenis Simpanan sama ada Konvensional dan Shariah adalah sama iaitu melalui diversifikasi global jangka panjang dengan berpandukan Alokasi Aset Strategik.

 

Image result for maybank islamic
Kredit: Yadim

 

Perbezaannya pada sector pelaburan di mana Simpanan Shariah tidak akan melibatkan pelaburan di sektor-sektor tidak patuh Shariah seperti aktiviti yang melibatkan transaksi riba, judi, arak, makanan tidak halal, hiburan, dan sebagainya.

 

Selain itu, bagi kedua-dua jenis Simpanan, mereka mengamalkan dasar pelaburan bertanggungjawab yang menepati tiga kriteria: Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbirurus (ESG). Kriteria ini menjadikan pelaburan KWSP hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat yang tidak terlibat dengan pencemaran alam sekitar, isu pelanggaran hak asas manusia, korupsi, dan salahguna.

 

Cadangan Penambahbaikan Dividen Simpanan Shariah

Antara punca perbezaan agihan dividen Simpanan Konvensional dan Shariah adalah pelaburan dalam sector kewangan. Di Bursa Malaysia, hanya terdapat dua kaunter saham syarikat kewangan yang disenaraikan di dalam Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh MPS SC.  Dua syarikat itu adalah Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad.

 

Ini menjadi satu cabaran buat KWSP untuk meningkatkan perolehan pelaburan Simpanan Shariah. Kerajaan Malaysia mungkin perlu menghalusi cadangan yang pernah diutarakan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu supaya diperkenalkan i-saham.

 

Tan Sri Abdul Wahid Omar pernah mencadangkan supaya diwujudkan i-saham Maybank melalui mekanisme ‘ring fence’ atau memecahkan saham induk Maybank dan memagar i-saham Maybank daripada pendapatan berunsurkan riba dan tidak syariah yang lain.

 

25 peratus daripada keuntungan Maybank disumbangkan daripada operasi Maybank Islamic dan sekiranya proses terbabit berjaya, ia akan mewujudkan kelas baru dalam instrumen pelaburan patuh Shariah bernilai RM19 bilion.

 

Andai kata Maybank berjaya, CIMB, RHB dan Bursa Malaysia boleh meniru mekanisme terbabit, menambahkan lagi syarikat dengan saham patuh Shariah di mana kini, 80 peratus daripada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia sudah tersenarai sebagai patuh Shariah.

 

Mekanisme ini juga dijangka dapat memberikan peluang kepada Simpanan Shariah KWSP untuk menambahkan lagi pendapatan hasil pelaburan mereka, seterusnya memberi manfaat sama atau lebih kepada ahli dengan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional.

 

Pengurusan Hasil Dividen Tidak Patuh Shariah KWSP Konvensional

Berdasarkan FAQ Dividen yang dikeluarkan oleh KWSP, jumlah peratusan dividen daripada sektor tidak patuh Shariah adalah sebanyak 68%, lebih tinggi daripada peratusan tahun 2017 iaitu sebanyak 64%.

 

KWSP menasihatkan ahli yang beragama Islam untuk menyucikan peratusan dividen yang tidak patuh Shariah itu. Penyucian boleh dilakukan menggunakan sumber kewangan ahli sendiri dan hendaklah disalurkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam, kos perubatan dan penjagaan kesihatan, kos pendidikan dan pembinaan/penyediaan kemudahan awam sama ada:-

 

  1. Melalui Baitulmal di Majlis Agama Islam negeri masing-masing atau persatuan/ pertubuhan yang berdaftar sebagai badan kebajikan; atau
  2. Secara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan kewangan, terutama ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain daripada ibu bapa, isteri, dan anak-anak.

Artikel ini ditulis oleh Saudara Arham Merican

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…