fbpx

Dakwaaan Rasuah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Oleh : Hilmi Ibrahim
05 Mac 2019 - 4:53 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Ia adalah satu pembohongan yang mengarut – Lim Guan Eng
  • SPRM mengesahkan telah membuka enam kertas siasatan berhubung projek tersebut sejak tahun 2017

 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengesahkan kesahihan dokumen yang telah didedahkan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang didakwa sebagai kertas siasatan kes terowong dasar laut di Pulau Pinang.

 

Melalui penulisan Raja Petra dalam Malaysia Today, beliau telah mendedahkan bahawa Pengarah Eksekutif Kanan syarikat pemaju projek terowong dasar laut Consortium Zenith Construction (CZC), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli telah membuat pengakuan memberi rasuah kepada exco kerajaan negeri dan Menteri Kewangan, Lim Guan sebagai salah seorang daripadanya.

 

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan Zarul dengan menyatakan artikel yang diterbitkan itu sebagai jahat. Zarul juga tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang memandangkan Raja Petra tidak berada di dalam negara dan lebih baik beliau menumpukan masa dan usaha untuk projek ini.

 

Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan Raja Petra itu dan menyifatkan ia adalah pembohongan yang mengarut memandangkan CZC telah dianugerahkan kontrak tersebut melalui tender terbuka.

 

Pihak SPRM dalam masa yang sama mengesahkan telah membuka enam kertas siasatan berhubung projek tersebut sejak tahun 2017 lagi. Kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

 

Namun, sehingga hari ini pihak SPRM masih belum membuat sebarang pengesahan sama ada kertas siasatan yang didedahkan Raja Petra itu adalah sahih atau palsu. SPRM kemudiannya telah bertindak membuat laporan polis susulan kebocoran kertas siasatan yang didedahkan oleh Raja Petra itu.

 

Jadi, persoalan kertas siasatan yang didedahkan itu benar-benar sahih atau palsu masih belum terjawab sehingga sekarang.

 

Zarul dalam penjelasan beliau menyatakan syarikatnya sudah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung kes ini. Beliau sendiri telah direman oleh SPRM selama 11 hari sebelum ini bagi menjalankan sisasatan terperinci.

 

Image result for lim guan eng
Kredit: Mole.my

 

Lim Guan Eng sebelum ini dalam kenyataan beliau pada 5 Mac 2018 telah menuntut supaya pihak CZC supaya memberikan penjelasan lanjut susulan timbul isu bayaran RM22 juta yang dilakukan CZC sebagai bayaran kerja-kerja rundingan bagi projek terowong bawah laut Pulau Pinang itu.

 

Ini susulan daripada satu surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darun kepada Datuk Zarul Mohd Zulkifli di mana pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri mendapati pihak Datuk Zarul telah melakukan pembayaran RM22 juta kepada beberapa individu untuk khidmat perundingan.

 

“Memandangkan pihak Datuk adalah kontraktor yang dilatik untuk melaksanakan projek kerajaan negeri tersebut, MMK telah telah memutuskan bahawa pihak Datuk perlu mengemukakan penjelasan berhubung pembayaran tersebut pada kadar segera,” petikan surat yang dikeluarkan Datuk Seri Farizan itu.

 

SPRM setakat pada tarikh 5 Mac 2018 itu telah menyatakan bahawa mereka telah menahan dua individu “Datuk Seri” berusia 37 tahun dan “Datuk” berusia 64 tahun yang didakwa menerima RM19 juta dan RM3 juta daripada projek itu. Wang itu dikatakan diterima daripada CZC untuk “menyelesaikan” siasatan SPRM terhadap projek itu.

 

Namun, Zarul sebaliknya menyatakan kes tersebut telah disiasat dan diselesaikan lama sebelum kerajaan bertukar. SPRM dalam kenyataan media pula menyatakan lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Tiga kertas siasatan itu telah dikembalikan untuk siasatan lanjut manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya. Selebihnya masih dalam siasatan.

 

Persoalannya, adakah kes ini sudah diselesaikan atau masih dalam siasatan kerana terdapat dua kenyataan yang bercanggah.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…