fbpx

DRB-Hicom Catat Keuntungan, Proton X70 Penyumbang Utama

Oleh : Wan Syarafiz
01 Mac 2019 - 4:24 pm

Reading Time: 2 minutes
  • DRB-Hicom untung RM73.02 juta dalam suku ketiga
  • Kenanga Research dan Public Investment Bank sebelum ini telah meramalkan prestasi jualan Kumpulan DRB-HICOM dalam bidang automotif akan menignkat melalui penjualan X70

 

DRB-Hicom Bhd telah merekodkan keuntungan sebanyak RM73.02 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2018 yang lalu. Menurut laporan, keuntungan ini berjaya dicatatkan berikutan daripada prestasi operasi kewangan syarikat tersebut yang semakin baik dalam semua sektor perniagaan.

 

Hasil pendapatan syarikat tersebut juga telah meningkat daripada RM2.9 bilion kepada RM3.17 bilion dalam tempoh setahun.

 

Dalam tempoh 9 bulan yang berakir pada 31 Disember 2018, DRB-Hicom dilaporkan mengalami kerugian bersih sebanyak RM5 juta. Jika dibandingkan dengan tempoh 9 bulan pada tahun sebelumnya yang berakhir pada 31 Disember 2017, syarikat tersebut telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM489.78 juta.

 

Secara keseluruhannya, DRB-Hicom mencatatkan kerugian dalam tempoh 9 bulan ini tetapi melihat kepada suku ketiga tahun kewangan mereka, ia adalah satu pencapaian positif apabila syarikat tersebut kembali mencatatkan keuntungan.

 

Keuntungan DRB-Hicom dalam suku ketiga ini dilaporkan banyak disumbangkan melalui penjualan kereta sport utility vehicle (SUV) model Proton X70 yang telah dilancarkan pada Disember 2018. Sektor automotif dilaporkan telah menjadi penyumbang paling besar kepada hasil pendapatan syarikat tersebut.

 

Selain itu, DRB-Hicom turut menyatakan sektor perkhidmatan telah menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi untuk syarikat terbabit terutamanya daripada perkhidmatan perbankan dan pengurusan sisa buangan. Walau bagaimanapun, prestasi sektor hartanah adalah kurang memberangsangkan berikutan hasil pendapatan yang rendah daripada projek pembinaan.

 

Sebelum ini, satu badan penyelidikan, Kenanga Research telah mengeluarkan kenyataan bahawa Proton X70 dijangka bakal menjadi penyumbang utama kepada pendapatan DRB-Hicom berdasarkan pelan bisnes 10 tahun yang telah dirangka oleh pihak Proton.

 

Melalui pelan bisnes 10 tahun itu, Proton telah mensasarkan untuk mendapatkan 30% pegangan pasaran tempatan dan 10% pasaran serantau melalui pengenalan model-model kereta yang baru. DRB-HICOM telah meletakkan sasaran untuk mengembangkan model-model keluaran mereka bagi segmen A, B, SUV dan MPV bagi pasaran eksport.

 

Dalam masa yang sama, Public Investment Bank sebelum ini juga menjangkakan prestasi jualan Kumpulan DRB-HICOM dalam bidang automotif akan mencatatkan peningkatan yang lebih ketara berikutan model SUV X70 yang bakal dikeluarkan oleh Proton.

 

Proton X70 yang dilancarkan pada 12 Disember lalu merupakan model kereta yang diambil daripada keluaran jenama Geely bagi model Bouye. ‘Batch’ pertama model X70 untuk pasaran Malaysia ini akan dihasilkan di China terlebih dahulu sebelum batch-batch seterusnya dipasang di Malaysia.

 

Kerjasama Proton-Geely ini menyaksikan pembuat kereta dari China itu membantu Proton daripada sudut teknologi serta dalam masa yang sama membangunkan teknologi kereta pemanduan belah kanan (right hand drive) dan teknologi ‘artifical intelligence’ dan juga memasang kereta jenis pacuan empat roda dan kereta di Malaysia.

 

 

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…