fbpx

Indeks Kos Sara Hidup Bukan Satu Jalan Penyelesaian

Oleh : Kauthar Rozmal
07 Mac 2019 - 5:58 pm

Reading Time: 2 minutes
  • KWSP dengan kerjasama Universiti Malaya mengeluarkan laporan Belanjawanku
  • Data IHP tidak tepat – Saifuddin

Seperti mana yang diketahui ramai, Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) ada mengeluarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mana indeks ini menunjukkan kadar perubahan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia.

 

Namun menurut Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri (KPDNKK), indeks ini tidak mencerminkan kos sara hidup yang sebenar terutamanya harga barangan.

 

“Selama ini, kerajaan bergantung kepada IHP atau indeks inflasi. Sebagai contoh, IHP berada pada kadar yang rendah tetapi ianya tidak dirasai oleh rakyat dalam kehidupan seharian.

 

Jadi kami merasakan satu indeks baru perlu diperkenalkan bagi menunjukkan gambaran sebenar kos sara hidup rakyat” – Saifuddin Nasution

 

Indeks ini akan dihasilkan dengan kerjasama daripada DOSM, Khazanah Research Institue (KRI) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Selain itu, Menteri Kewangan juga mengeluarkan kenyataan akan memperkenalkan indeks kos sara hidup bagi proses penentuan kenaikan gaji.

 

Benarkah IHP tidak memberikan gambaran sebenar kos sara hidup?

Data yang disediakan DOSM adalah bertepatan dengan kos sebenar dalam pasaran. Tetapi mengapakah rakyat tidak merasakan sebarang perubahan walaupun kadar inflasi berada pada kadar yang rendah?

 

Hal ini kerana IHP dikira berdasarkan 700 lebih barangan dan perkhidmatan di seluruh negara. Setiap barangan ini mempunyai ‘wajarannya’ yang tersendiri, iaitu secara purata untuk seluruh rakyat Malaysia, berapa peratuskah setiap barangan ini dibelanjakan daripada keseluruhan perbelanjaan mereka setiap bulan. Sebagai contohnya, perbelanjaan untuk minyak petrol direkodkan sebanyak 8.5% daripada keseluruhan perbelanjaan purata rakyat Malaysia.

 

Image result for membeli belah

 

Jadi apabila kita melihat angka inflasi secara kesuluruhannya rendah, kita perlu lihat kategori manakah yang menurun harganya. Katakan harga petrol sahaja yang turun dan wajaran bagi perbelanjaan minyak petrol adalah 8.5%, maka kadar inflasi secara kesulurannya akan menurun walaupun harga barang masih kekal sama.

 

Adakah indeks ini bakal menyelesaikan masalah sara hidup yang tinggi?

IHP yang sedia ada ini sebenarnya sudah memadai untuk memantau kos kenaikan sara hidup. Selain daripada IHP, institusi lain juga ada mengeluarkan kumpulan data untuk membantu pemantaun kos sara hidup dan gaji.

 

Bank Negara Malaysia misalnya mengeluarkan data gaji kehidupan di mana gaji yang dicadangkan adalah gaji yang mencukupi bagi rakyat untuk menjalani kehidupan yang baik. Terbaru, KWSP dengan kerjasama Universiti Malaya mengeluarkan laporan Belanjawanku di mana Belanjawanku membantu rakyat untuk merancang kewangan peribadi mereka dengan lebih baik.

 

Apa yang diperlukan ketika ini bukanlah indeks-indeks baru, namun polisi yang mampu menaikkan pendapatan rakyat Malaysia keseluruhannya. Jika gaji meningkat berkadaran dengan kadar inflasi, sudah pasti isu kos sara hidup yang tinggi bukan lagi menjadi masalah utama rakyat Malaysia.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…