fbpx

Kemajuan Teknologi Punca Wanita Lebih Berisiko Hilang Kerja

Oleh : Wan Syarafiz
26 Mac 2019 - 3:51 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 58% pekerja yang berisiko untuk hilang kerja adalah kaum wanita – IWPR
  • Penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan mampu tingkatkan KDNK negara – KRI

 

Wanita dilaporkan akan lebih berisiko untuk hilang pekerjaan dan punca pendapatan kerana kemajuan teknologi. Ini berdasarkan satu laporan yang telah dikeluarkan oleh Institut Kajian Polisi Wanita (IWPR) baru-baru ini.

 

Antara jawatan yang dikatakan mempunyai peluang 90% akan bertukar menggunakan sistem automasi (automation) ialah kerja-kerja pentadbiran, kerani dan juruwang. Kebanyakan kerja-kerja yang dinyatakan ini adalah didominasi oleh wanita pada hari ini. Dan sekiranya peredaran teknologi berlaku lebih pantas, maka pasti kita bakal melihat lebih banyak pekerja dalam bidang ini digantikan dengan sistem automasi.

 

“Kini, kita sudah dapat melihat beberapa tugasan telah digantikan menggunakan komputer”, ujar Chandra Childers, Pengarah Kajian di IWPR.

 

Menurut data dan statistik, penulis laporan tersebut menyatakan jika dinilai kepada kecanggihan teknologi hari ini, 58% pekerja yang berisiko untuk hilang kerja adalah kaum wanita. Nisbah antara lelaki dan wanita dalam pekerjaan yang berkemungkinan besar digantikan dengan sistem automasi adalah 7:10. 7 bagi lelaki dan 10 wanita.

 

Jangkaan menunjukkan jumlah pekerjaan dalam tempoh masa 2016 hingga 2026 akan meningkat sebanyak 7% dan sebahagian besar peningkatan ini dikatakan akan datang daripada penggantian wanita sebagai tenaga kerja.

 

Walaupun wanita dilaporkan lebih banyak bekerja dalam sektor yang bakal menggunakan sistem automasi, namun wanita juga dalam masa yang sama mendominasi pekerjaan yang berisiko rendah untuk diautomasi seperti penjagaan kanak-kanak dan jururawat.

 

Kajian ini bagaimanpun tidak lah menyatakan secara spesifik bilakah situasi ini akan berlaku. Namun mereka menyatakan sekiranya manusia lebih cepat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi maka situasi pekerjaan digantikan dengan automasi akan lebih cepat berlaku.

 

Antara cadangan yang dikemukakan oleh IWPR untuk menangani masalah ini ialah dengan memberikan lebih banyak latihan kepada wanita supaya mereka dapat memegang jawatan yang bergaji lebih tinggi.

 

Bagaimana pula situasi di Malaysia?

 

Jika dinilai kepada penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan di Malaysia, ia dilihat sebagai salah satu faktor yang penting bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

 

Khazanah Research Institute (KRI) pernah mengeluarkan laporan dengan menyatakan sekiranya penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan berjaya ditingkatkan sebanyak 30%, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) Malaysia akan meningkat sebanyak 7% ke 12%.

 

Dengan peredaran dan evolusi teknologi, inovasi merupakan perkara asas bagi sesebuah negara untuk kekal kompetitif dalam meningkatkan ekonomi. Dalam laporan KRI ini menyatakan terdapat dua perkara penting yang dapat dilihat berdasarkan analisa tahap inovasi sesebuah negara.

 

Pertama ialah ketidaksamarataan jantina (gender inequality) akan memberi impak negatif kepada tahap inovasi sesebuah negara. Jika semakin besar jurang gender inequality itu, semakin rendah tahap inovasi sesebuah negara. Yang kedua ialah jika sesebuah negara itu lebih terbuka dalam apa jua perkara, tahap inovasi juga akan menjadi lebih tinggi.

 

Dalam erti kata yang mudah, jika lebih ramai wanita bekerja, tahap inovasi sesebuah negara akan meningkat. Tahap inovasi yang tinggi pula akan membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…