fbpx

Kerajaan Perlu Visi Ekonomi Yang Jelas

Oleh : Kapital
18 Mac 2019 - 2:41 pm

Reading Time: 3 minutes
  • KDNK telah merosot daripada 6.2% pada suku ketiga 2017 kepada 4.7% suku keempat 2018
  • Kerajaan perlu melaksanakan polisi yang stabil untuk mengurangkan sentimen kerisauan pelabur dan pengguna – Anthony Dass

 

Dalam tempoh masa dua bulan lagi genap lah usia setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara. Namun, itu bukanlah sesuatu yang boleh diraikan memandangkan ekonomi negara dilihat berterusan mengalami penurunan.

 

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah merosot daripada 6.2% pada suku ketiga 2017 kepada 4.7% suku keempat 2018. Selain itu, ekonomi negara diramalkan akan bertumbuh hanya sebanyak 4.9% pada tahun 2019.

 

Susulan itu, kerajaan telah berdepan kritikan termasuklah menuntut kerajaan supaya melaksanakan pembaharuan komprehensif (comprehensive reform) serta pengurusan ekonomi nasional yang lebih baik. Ramai pihak juga berpendapat Malaysia kini kekurangan pemangkin untuk menarik pelabur luar datang melabur.

 

Dalam satu artikel yang dikeluarkan di StarBiz, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua menyatakan pihaknya kini aktif bertemu dengan pelabur dan berjaya mengurangkan kebimbangan pelabur. Selain itu, Tony Pua juga berkata penurunan penarafan yang diberikan oleh agensi penarafan (rating agency) telah diberikan perhatian di mana agensi-agensi ini memahami dan menerima justifikasi yang diberikan.

 

Ketua Penyelidik TA Securities, Kaladher Govindan turut menyatakan pelabur akan lebih yakin dengan pembaharuan sekiranya kerajaan hari ini menunjukkan usaha untuk menambah baik urus tadbir serta mengamalkan ketelusan dalam semua perkara. Keyakinan ini kemudiannya akan diterjemahkan kepada penambahan keuntungan dalam sektor korporat dan juga kenaikan nilai pelaburan dari luar.

 

 

Walaupun kerajaan hari ini dikatakan berdepan dengan hutang RM1 trilion, Tony Pua memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai ruang yang cukup untuk menyokong ekonomi negara sekiranya berdepan sebarang krisis di masa hadapan. Beliau juga menyatakan kutipan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sudah melebihi apa yang disasarkan pada tahun 2018.

 

Ketua Ekonomi Kumpulan AmBank, Anthony Dass berpendapat sekiranya kerajaan berhadapan dengan “worst-case scenario”, maka kerajaan perlu mengamalkan teori ekonomi “Keynesian” di mana kerajaan perlu menyuntik dana ke dalam pasaran untuk merangsang ekonomi.

 

Dalam sektor korporat pula, pendapatan yang diraih melalui sektor ini boleh disifatkan sebagai mengecewakan. Affin Hwang Capital Research menyatakan situasi dalam sektor korporat ini sebagai antara yang terburuk pernah disaksikan dalam beberapa tahun ini. Namun, ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan berikutan daripada permintaan dalam pasaran yang lemah serta pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

 

Kesemua sektor kecuali perkhidmatan telah menunjukkan penurunan pada tahun 2018 jika dibandingkan dalam tempoh masa setahun (year-on-year basis). Permintaan domestik hanya mencatatkan pertumbuhan 5.6% pada tahun 2018 berbanding 6.5% pada tahun 2017. Sektor eksport pula lebih terkesan dengan pertumbuhan 1.5% pada 2018 berbanding 9.4% pada 2017.

 

Susulan daripada perkembangan ini, Anthony Dass menggesa kerajaan supaya melaksanakan polisi yang stabil untuk mengurangkan sentimen kerisauan pelabur dan pengguna berikutan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu ditambah lagi dengan perang dagangan yang berlaku sekarang ini.

 

Menurut Tony Pua, kerajaan hari ini fokus kepada tiga perkara iaitu mengamalkan ketelusan dalam urus tadbir, pembaharuan institusi serta merangsang aktiviti ekonomi untuk menambahbaik pengurusan fiskal selain daripada meningkatkan keyakinan pelabur.

 

Antara langkah yang perlu diambil ialah tidak menyorokkan sebarang jumlah hutang dan mengamalkan kaedah tender terbuka dalam sektor kerajaan. Menyentuh mengenai perancangan untuk merangsang aktiviti ekonomi, kerajaan kini fokus untuk menarik pelaburan sektor berteknologi tinggi serta menarik pelaburan yang terkesan daripada perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat.

 

Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Edmund Terence Gomez melihat situasi kerajaan hari ini sebagai “tidak mempunyai polisi yang jelas” serta lambat untuk melaksanakan pembaharuan institusi. Namun begitu, beliau berpandangan positif terhadap usaha kerajaan untuk memperkenalkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan menyatakan ahli-ahli EAC mampu membawa agenda yang mantap dengan memberi nasihat berkaitan ekonomi kepada kerajaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Ali Salman pula mengusulkan supaya EAC merangka “new growth framework” untuk tempoh 2021-2030. Menurut beliau, “new growth framework” ini harus mengenal pasti pertumbuhan dalam syarikat GLC dengan mengamalkan ketelusan, inisiatif “open-bidding” dan juga melabur dalam meningkatkan produktiviti tenaga pekerja.

 

Sumber: StarBiz

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…