fbpx

Khazanah Mencatatkan Kerugian RM6.3 Bilion Pada Tahun 2018

Oleh : Kauthar Rozmal
05 Mac 2019 - 4:20 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Khazanah masih mencatatkan keuntungan Net Worth Adjusted (NWA) secara purata 11% bagi tempoh 10 tahun kebelakang.
  • Saham TM jatuh 56.9%

Buat pertama kalinya daripada tahun 2006 sehingga 2018 Khazanah Nasional mencatatkan kerugian berjumlah RM6.3 bilion.

 

Menurut Khazanah kerugian berpunca daripada ketidaktentuan pasaran dalam dan luar negara. Antara yang faktor yang mempengaruhi pasaran tahun lalu adalah kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia, ketegangan perang dagangan US-China, penurunan harga minyak serta Brexit.

 

Pertukaran kerajaan pada Mei 2018 juga antara penyumbang kepada kejatuhan pasaran Malaysia tahun lalu.

 

Ya, memang benar pelbagai peristiwa yang terjadi tahun lalu menjadi punca kepada kejatuhan pasaran global dan pasaran Malaysia, namum jika dibandingkan prestasi Khazanah berbanding Indeks KLCI dan Indeks MSCI, prestasi Khazanah jauh teruk berbanding 2 indeks ini. Di manakah silapnya?

 

Di samping itu, antara pelaburan yang memberikan kesan besar kepada Khazanah adalah pegangan saham Telekom Malaysia. Seperti mana yang diketahui umum, TM terkesan ekoran penukaran pengurusan tertinggi TM dan usaha-usaha kerajaan Pakatan Harapan menurunkan harga servis jalur lebar di Malaysia. Dan buat pertama kalinya tahun lalu, TM mencatatkan kerugian dalam tempoh 10 tahun.

 

 

Walaupun Khazanah mencatatkan kerugian pertama dalam 10 tahun, namun Khazanah mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Seharusnya perkara ini perlu diperjelaskan tentang keperluan untuk mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi dalam keadaaan Khazanah sedang rugi.

 

Jika lihat daripada sudut jangka masa panjang pula, Khazanah masih mencatatkan keuntungan Net Worth Adjusted (NWA) secara purata 11% bagi tempoh 10 tahun kebelakang.

 

NWA bermaksud nilai aset boleh direalisasikan ditolak dengan jumlah liabiliti, di mana nilai aset boleh direalisasikan adalah nilai aset tersebut ditolak dengan sebarang kos berkaitan ketika penjualan aset.

 

Sebagai contoh, nilai sebuah rumah adalah RM300,000. Apabila rumah tersebut dijual, katakanlah kos guaman dan cukai adalah sekitar RM20,000. Maka nilai aset boleh direalisasika adalah RM280,000.

 

Dalam laporan Khazanah 2018 juga dinyatakan bahawa Khazanah akan hadir dengan wajah serta misi dan visi yang baru. Khazanah yang mula diperbadankan pada 3 September 1993 merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan aset komersial kerajaan pusat serta merancang pelaburan strategik yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan negara.

 

Pada awalnya, dana pelaburan strategik kerajaan itu mengamalkan perniagaan yang lebih berkonsepkan tradisional dan hanya fokus kepada pasaran domestik. Kemudiannya, tiga belas tahun lepas, satu transformasi bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dilaksanakan oleh kerajaan yang mana ianya dikatakan telah mewujudkan Khazanah versi 2.0.

 

Sebagai sebahagian daripada langkah transformasi, Khazanah telah mengenal pasti beberapa syarikat yang berpotensi untuk dibantu bagi dikembangkan ke pasaran antarabangsa. Antara syarikat ini ialah IHH, Axiata dan CIMB.

 

Namun selepas Pakatan Harapan memerintah, Perdana Menteri menyatakan Khazanah telah lari daripada tujuan asalnya. Tun Mahathir menyatakan kerajaan akan menilai kembali syarikat-syarikat yang dimiliki Khazanah. Menurut beliau, syarikat-syarikat yang bermasalah akan ditutup supaya tidak memberi kesan kewangan kepada sayap pelaburan kerajaan itu.

 

Tun Mahathir mahu memastikan beban yang ditanggung Khazanah akan berjaya dikurangkan dan mengembalikan semula peranan Khazanah untuk meningkatkan pemilikan saham bagi golongan Bumiputera.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…